Sabtu, 31 Disember 2011

UGUT MENGUGUT, FITNAH MEMFITNAH MEMANG KERJA DEPA !!

Orang tua ugut budak !  siapa pejuang, siapa pengampu?

Dia anak Pulau Pinang, Adam Adli juga anak Pulau Pinang.  Berdasar kulit,..satu cerah satu tidak !  Berdasar umur kedua-duanya jauh berbeza.

Adam,  masih muda, tetapi cukup matang dan berfikiran progresif. Yang satu lagi ni ibarat pisang terlebih masak, yang hanya boleh dibuat lepat !  Cara berfikirnya sangat ortodok, sangat kuno,  sangat fanatik !!
 
Anak keturunan Merican ini  dah lah tak berapa nak cerah, dah tu kalau bercakap,  lebih sudu dari kuah. Muka tak malu!,  mengaku Melayu pulak tu!,.. Bila bercakap soal Melayu dan semangat Melayu, puak-puak ni lebih melayu dari orang Melayu!. Entah dimana silapnya dia ni dipilih pulak jadi ketua penerangan pemuda Umno Malaysia. Mamak-mamak pulau mutiara ini memang sejak dulu mereka duk mengaku memperjuangkan hak-hak Melayu Pulau Pinang, namun setelah 54 tahun, mereka masih macam katak bawah tempurung.  Mereka tak sedar Melayu Pulau Pinang dipermain dan diperkotak katik oleh UmnoBn,  kerajaan yang mereka sanjung-sanjung selama ini !

Ketua Penerangan Pemuda Umno  ugut Adam Adli dan keluarga

Dia ni betul-betul berlagak samseng,.. tak dapat pujuk Adam Adli supaya mengaku salah dan meminta maaf pada Najib,  kini keluarga Adam pula menjadi sasaran ugutan.  Baginya tindakan Adam dan rakan rakan mahasiswa menurunkan bendera /gambar Najib dengan baik tanpa menyoyak atau memijak gambar  itu  ia merupakan satu dosa !  satu jenayah !!  Ish! Ish ish !  pendeknya akal puak-puak ni. Habis kalau Adam tak mahu minta maaf, kamu nak buat apa?  “ SIAPKAU !! “  agaknya inilah ugutan yang dimaksudkan oleh Adam Adli.  

Hakikatnya pemuda ini tak buat apa-apa kesalahan atau jenayah pun !  Beliau hanya seorang mahasiswa UPSI yang mengetuai tunjuk perasaan menentang AUKU.  Najib kata nak hapuskan  AUKU, kemudian main tarik-tarik tali pula dengan mahasiswa. Najib seolah-olah cuba mempermainkan mahasiswa,  tetapi mujurlah tahap kesabaran mahasiswa masih bertahan.  Kepada si mamak yang mengaku Melayu,  merangkap ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia ini,  anda tak perlulah nak tunjuk hero pertahankan Najib!. Lebih baik anda nasihatkan Najib agar bersikap lebih matang,  memahami situasi sebenar dan buanglah sikap flip-flop ! flip flop nya itu

Oleh : rahimothman

Jumaat, 30 Disember 2011

Lagi kepala babi ditemui di masjid !


Strategi nak membangkitkan kemarahan orang Melayu dah tak laku !!


Tak sabar nak melihat “Malaysia Baru”


Kerajaan Malaysia hari ini ibarat sebuah syarikat bas express yang sudah terlalu tua. Ia sangat uzur, dan berbagai kerenah datang silih berganti .  Keadaan basnya pula selalu rosak dan bermasaalah,  manakala pemandu  bas tua ini sering memandu ikut syok sendiri,   memandu secara tidak berhemah dan kadang-kadang peraturan pun mereka redah.  Kasihan nasib bas tua!,  mereka lanyak cukup-cukup!  Jaminan keselamatan penumpang sudah tidak ada lagi.  Apakah orang ramai masih mahu menerima perkhidmatan bas seperti ini ?

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuat perubahan seratus peratus. Marilah kita sama-sama menikmati keselesaan sebuah syarikat bas yang baru,  bas-basnya baru  dan pemandunya juga baru, masih muda, matang dan bermoral tinggi.   Kita tamatkan perkhidmatan bas lama  dengan menolak BN dan pilih  Pakatan Rakyat.  Kita cuba dan kita lihat perbezaannya !

Kalau BN boleh tubuh kerajaan dan  jadi pemerintah, PR juga boleh !!   Kalau PR boleh jadi pembangkang, BN juga boleh jadi pembangkang. Dunia ini  macam roda , kekadang ke atas kekadang kebawah. Allah jadikan apa saja didunia ini berpasangan atau berlawanan seperti, - besar kecil, syurga neraka,  awal akhir, baik buruk   termasuk pemerintah lawannya pembangkang. Kita sebagai umatnya yang diberi akal dan fikiran perlu memilih satu. Perlembagaan Negara Malaysia,  malahan mana-mana negara di dunia pun  -  tidak menghalang rakyatnya menukar kerajaan,  bahkan membenarkannya.

Ayuh rakyat Malaysia sekalian. Kita lakukan dengan berani dan yakin !. Jangan ada perasaan gentar dan takut,  Pemimpin dan parti pembangkang juga ada  hak,  pemimpin pembangkang bukan pendatang asing, bukan makhluk asing. Mereka juga rakyat Malaysia sama seperti pemimpin BN.  Mereka ada darah yang sama berwarna merah, mereka ada hati, ada perut, ada akal dan ada fikiran!,   seperti mana orang-orang UmnoBn juga..  

Apa beza pemimpin BN dengan pemimpin PR?  Bezanya ialah pada hati,.  Hati orang PR tidak sehitam  hati orang BN.  Pemimpin Pakatan Rakyat sangat perihatin, sangat berintegriti.  Mereka sudah banyak belajar dari keburukan pemimpin BN. Dan hari ini  pemimpin Pakatan Rakyat sudah buktikan mereka boleh memerintah dengan baik dan bersih!  Lihat saja Kelantan,  Kedah,  Pulau Pinang dan Selangor !  

Sekali lagi ayuh! rakyat Malaysia !!  kita buktikan!,  kita mampu berubah,  kita mampu mengubah. Kita cuba Pakatan Rakyat pula menerajui Putrajaya untuk sepenggal dua.  InsyaAllah,  PR akan menjadi sepuluh kali lebih baik dari BN.  Ayuh rakyat Malaysia!, kita buang BN, kita pilih  Pakatan Rakyat. Itulah saja caranya jika rakyat mahukan perubahan !  Takkan selama-lamanya kita mahu dibuli oleh puak-puak penyangak ini !!
Tak sabar rasanya nak melihat Malaysia diperintah oleh sebuah kerajaan yang baru. bersemangat baru dan berjiwa baru.  Semoga  MALAYSIA BARU akan benar-benar menjadi kenyataan.

Oleh : rahimothman

Khamis, 29 Disember 2011

Orang biasa di hambat, menteri dibiarkan saja

Salahguna Wang Zakat : Amil direman.. menteri tidak,.. kenapa?

 

Tidak berapa lama dulu sekitar pada bulan Ogos  2011 seorang amil Redzuan Mohd Said telah diburu polis kerana melarikan wang kutipan zakat berjumlah RM18,000.

Sebagai orang biasa yang bukan menteri dan tidak punya kuasa apa-apa ,  Redzuan  akhirnya mengaku dan memulangkan wang tersebut.  Beliau dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya itu.
 

Ini pula kisah seorang menteri yang hidup mewah tetapi telah menyalah gunakan kuasa. Beliau usahkan diburu dan didakwa !, di sentuh pun tidak. Beruntungnya menjadi seorang menteri,..berkuasa macam seorang raja, boleh berbuat apa saja,…. bersultan di mata beraja di hati!! 
 
Isu banglo dan wang zakat Jamil Khir, …

Telah banyak diperkatakan diakhbar-akhbar dan blog pro pembangkang.tentang menteri bernama Jamil Khir yang memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

Pertama,,.. selaku menteri agama yang sepatutnya menggalakkan Isu liwat Anwar dibawa ke mahkamah Syariah tetapi beliau pula telah menjadi bapak penghalangnya.    Kedua,.. Beliau telah membina sebuah banglo ala-ala istana hinggap yang mana punca kewangannya amat diragui.
Ketiga,..Isu terbaru,… sebagai menteri di Jabatan Perdana yang menjaga hal-ehwal agama beliau didakwa telah menggunakan wang zakat untuk membiayai  kos guaman kes qazaf yang melibatkan DS Anwar. Sama ada beliau meminjam wang tersebut buat sementara atau sebaliknya ia tetap merupakan satu kesalahan.

Setelah cerita ini hebuh diperkatakan di blog-blog terutama blog pro pembangkang, Jamil Khir seolah-olah menyepikan diri.  Pihak berwajib pula tidak mengambil apa-apa tindakan. Akhbar-akhbar pro Umno seperti biasa cuba menutup atau menenggelamkan isu ini.

Sepatutnya menteri ini diburu oleh polis atau pihak-pihak yang berkenaan,  namun hingga kini tiada tindakan yang dikenakan terhadapnya..Nampaknya kes atau amalan “double standard” yang melibatkan pemimpin Umno terus berlaku,  dan selagi kerajaan BN berkuasa rakyat Malaysia akan terus melopong dan tertipu. 

Sebagai menteri yang bertanggung jawab Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu.  Segera lah menjawab persoalan ini kerana ia telah menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam di Malaysia.

oleh : rahimothman

Rabu, 28 Disember 2011

Shahrizat gertak !, Najib senyap?

 
Nampaknya Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Wanita Umno Malaysia masih belum mahu meletak jawatan walaupun didesak oleh banyak pihak termasuk dari Umno sendiri. Shahrizat seolah-olah mencabar balik pihak-pihak yang mendakwanya apabila beliau menyebut bukan beliau  sahaja pemimpin Umno yang bermasaalah. Maksudnya,… ada ramai lagi !,..Berapa ramai ye? dan siapa antaranya? Berani dan sanggupkah Shahrizat mendedahkannya? Bila Shahrizat nak dedah?

Persoalan ini akan terus bermain di kepala kita !  Mungkin Shahrizat menunggu masa dan ketika yang sesuai ,, mungkin setelah beliau benar-benar diasak !!   Tetapi persoalanya pula,..beranikah Najib mendesak Shahrizat ?  Sejak isu ini panas,  Najib belum lagi membuat sebarang kenyataan atau pendirian .  Keengganan Najib mengambil sebarang tindakan kepada menteri wanita ini boleh menimbulkan banyak persepsi kerana penyelewengan dalam projek NFC ini melibatkan wang rakyat yang cukup besar  iaitu – RM 250 juta.

Apakah jika Shahrizat dipecat,  Najib takut Shahrizat akan mendedahkan banyak lagi lain-lain penyelewengan yang melibatkan pemimpin Umno?  Atau yang melibatkan keluarga Najib sendiri? Tidak mustahil !!  Inilah yang dikatakan ditelan mati emak diluah mati bapak !  Di darat harimau nak menerkam di sungai pula buaya menanti !!  Yang pasti Najib dan Umno akan hilang kepercayaan. Kekotoran di badan Umno tak sempat dibersihkan !!

Oleh : rahimothman

Tekanan kepada mahasiswa atas kehendak Umno

Sumber : Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menggesa kerajaan menghentikan semua bentuk tekanan terhadap mahasiswa. Ini, katanya kerana jelas ia merupakan kehendak politik pimpinan Umno yang terdesak.

“Saya juga mengulangi tekad dan komitmen Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Auku serta memberi penumpuan kepada usaha mengangkat mutu pendidikan yang berteraskan prinsip kebebasan akademik, pencerahan dan pemerkasaan intelektual.

“Saya meneliti secara serius perkembangan mutakhir gerakan kebebasan akademik yang dipimpin oleh kelompok mahasiswa yang kini berdepan dengan pelbagai tekanan politik Umno,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Tambahnya, tatkala kesedaran menuntut kebebasan di kalangan mahasiswa mulai berkembang dan matang, pimpinan Umno semakin gusar dan resah dalam menghadapi asakan itu serta bertindak melulu dengan menzahirkan ancaman fizikal bersifat biadab dan semberono.

Katanya, komitmen pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, kononnya mahu meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) dan memberi lebih kebebasan kepada mahasiswa dalam politik kepartian kini dilihat tidak lebih sekadar omong kosong.

Menurutnya, perkembangan membabitkan Adam Adli, mahasiswa dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang kini berdepan dengan tindakan di bawah Auku sememangnya menzahirkan ketakutan Umno terhadap gelombang kebangkitan mahasiswa.
Tambah beliau, tindakan sama turut dilihat dalam beberapa kes terdahulu dengan tindakan keras oleh pihak universiti termasuk risiko dibuang kampus.

“Insiden remeh di depan ibu pejabat Umno di PWTC yang dikaitkan dengan tuntutan mahasiswa tempoh hari diangkat oleh media milik Umno seolah-olah ianya jenayah besar walhal isu-isu yang berkait dengan fitnah, ugutan bunuh, jenayah dan rasuah seringkali diketepikan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau berkata, tindakan menghukum dengan menggunakan peruntukan Auku terhadap mahasiswa selepas insiden tersebut jelas bertujuan untuk menakut-nakut dan sebagai langkah untuk mengendurkan semangat serta iltizam mahasiswa.

MUHYIDDIN PERLU JAWAB, BERSIH DIRI


Dalam sehari dua ini terdapat dibanyak akhbar dan blog mendakwa kononnya Setiausaha Sulit TPM, Mohd Shukor Abdul Manan ada menerima sogokan lebih daripada RM100,000 setiap bulan. Benar atau tidak,  atau sekadar cerita penglipur lara menjelang pilihanraya, kita lihat perkembangan seterusnya.

Tan Seri Muhyiddin perlu menjawab atau memberi penjelasan kepada rakyat. bukan membuat penafian atau terus mendiamkan diri. Muhyiddin tidak perlu menyembunyikan kebenaran sekalipun kebenaran itu amat pahit untuk ditelan kerana melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap beliau selaku Timbalan Perdana Menteri..
 
Dakwaan seperti ini amat berat dan memerlukan siasatan terperinci kerana ia melibatkan integriti dan nama baik Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Muhyidin kena siasat tetapi bukanlah siasat sendiri-sendiri. Siasat sendiri tak boleh pakai, kerana dikhuatiri ada yang disembunyikan. Eloklah diserahkan saja kepada SPRM ! 

Dalam isu sogokan ini ,  sama ada ia berlaku atau tidak ia bukan sesuatu yang pelik !  Namun ia tidak langsung memeranjatkan jika ia benar-benar berlaku ! . Selama ini pun kita dah jenuh mendengar kes-kes penyelewengan sebegini. Mengikut track record Umno,... demi untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni. mereka tidak dapat lari dari tiga perkara negatif ini  iaitu,... 
                                                                                                                                                                              1. Memberi rasuah, dan atau menerima rasuah.      2. Menyeleweng kuasa dan atau menyalahguna kuasa.    3. Mengambil kesempatan dan atau  merampas hak orang lain.                                                                                                                                                                               
Maka sebelum PRU ke-13 berjalan PM mahupun TPM perlu dilihat bersih  dan insyAllah keputusan PRU juga akan dilihat benar-benar bersih,   tak kiralah pihak mana yang menang..

Oleh : rahimothman