Antara Islam Pas dan Islam Umno di mana Hasan Ali?
Puak-puak Umno terutama blogger-blogger pro Umno, Utusan Meloya, Berita Hairan, RTM dan TV3suku memang sejak dulu sampai lah bila-bila,,. mereka sentiasa berusaha untuk menghancurkan parti pembangkang terutama PAS. Politik kotor seperti memfitnah dan melaga-laga sudah menjadi permainan mereka!
Bila mereka tak mampu melagakan PAS dengan PKR, atau PAS dengan DAP akhirnya mereka cuba melagakan ahli-ahli dikalangan PAS sendiri, namun setakat ini belum berhasil lagi ! Ternyata tarbiah yang diterima oleh ahli-ahli PAS masih memberi impak yang baik.! Semangat ukhwah mereka terbukti begitu kukuh dan kental !
Ada suara nakal mengatakan bahawa Dr.Hasan Ali terpinggir ? Sedarkah Dr Hasan bahawa Umno sedang memperalat dan memerangkapnya?
Sebagai seorang ahli politik yang sudah cukup dewasa dan matang tentu Dr.Hasan sedar tentang sepak terajang politik di Malaysia, terutama politik kotor yang sering dimainkan oleh Umno! Terbaru, kononnya Dr Hasan Ali telah dipinggirkan oleh PAS. Beliau kononnya bakal tidak dicalunkan lagi dalam PRU ke-13 nanti. Beliau juga dikatakan akhir-akhir ini condong kepada Umno! Beliau dicanang oleh Umno, kononnya beliau adalah perintis atau penyatu kepada perpaduan Umno PAS, hakikatnya kepimpinan PAS diperingkat tertinggi awal-awal lagi dan tak putus-putus menyatakan bahawa pintu kerjasama PAS Umno sudah lama tertutup rapat !
Tajuk berita tentang Dr Hasan Ali yang terpinggir hari-hari dimainkan oleh akhbar arus perdana dan blogger-blogger pro Umno. Berbagai andaian dan spekulasi dibuat terhadap masa depan Dr Hasan dalam PAS. Malah ada yang berkata Dr Hasan adalah bakal menteri besar Selangor andainya UmnoBn memerintah Selangor. Wah, wah ! wah !! begitulah hebatnya mereka memanipulasi isu Dr.Hasan. Moga-moga Dr Hasan Ali tidak melatah atau terlebih perasan !!
Persoalan pokoknya, benarkah Dr Hasan Ali sudah condong kepada Umno? Ayuh Dr ! kalau ye, katakan ye, kalau tidak katakan tidak! Antara perjuangan Islam, perjuangan PAS dan perjuangan Umno di mana anda sebenarnya? Apakah anda merasakan PAS tidak berpegang kepada Islam lagi? Atau ada parti lain yang lebih Islam dari PAS?
Bukankah anda cukup kuat dengan pegangan dan prinsip Islam anda? Mustahil anda mahu beralih angin! Mustahil anda memilih Umno untuk dijadikan pentas politik anda! Harap-harap biarlah spekulasi yang dimainkan oleh Umno ini hanya spekulasi !. Semoga Umno akan lena tidur bermain dengan spekulasi mereka.
Kepada seluruh ahli dan kepimpinan PAS diharap jangan mudah melatah. Anggaplah ini mainan politik kotor Umno. Menurut kata Setiausaha Agong PAS Dato’ Mustapha Ali mereka (Umno) sentiasa mencari-cari peluang !,. mereka sedang memasang perangkap dan sekarang Dr.Hasan Ali seolah-olah sudah terperangkap ! tetapi selagi kita dalam keadaan sedar kita takperlu risau !
Kepada Dr Hasan Ali diharap lebih bersabar dan bertenang. Serahkan masa depan Dr kepada Majlis Syura yang berkuasa membuat apa-apa keputusan, termasuk soal calun PRU ke-13.. Persetankan cakap-cakap yang keluar dari mulut induvidu atau mana-mana pihak didalam PAS. Ketokohan Dr Hasan Ali sebenarnya masih diperlukan dalam PAS tak kiralah sama ada anda terus dipilih sebagai calun atau tidak. Kalau pun Dr ingin menunjukkan rasa protes tak perlulah sampai sanggup menjadi ahli Umno ! Kalau nak beralih angin pun carilah mana-mana parti ABU (Asal Bukan Umno)
Oleh : rahimothman
Setuju.. Tindakan dalam berdasarkan keputusan jamaah.. Insya-Allah berpahala. Itu perjuangan berprinsipkan Islam.
BalasPadam