Rabu, 21 Disember 2011

MAHATHIR YANG AKU KENALI !


Tun, oh Tun!,...  Tun yang bijak bermain kata-kata

 

Memang Tun Mahathir bijak berkata-kata,..apabila Tun berkata-kata, lidahnya akan berputar 360 darjah. Dia akan berkata apa saja mengikut sedap mulutnya. Kata-katanya boleh membelit,  membidas,  memukul dan memperdaya.  Satu perkara lagi,,  Tun tak suka orang lain bantah cakapnya !  Tun tak suka orang lain  lebih pandai darinya  sebab itu dia benci Anwar, dia benci Pak Lah.

Bercakap soal berani .. Tun memang berani!. Tun berani lawan raja,  dan berani perlekeh nabi,   Tun tak hormat nabi,  dan Tun tak suka sunnah nabi.  Dan yang lebih dahsyat Tun tak takut Allah, sama macam kebanyakan pemimpin Umno yang lain !! sebab itu mereka berani menipu, berani rasuah, berani meluluskan lesen arak,lesen judi,  menyalahguna kuasa dan suka memfitnah rakan seagama !

Ini adalah diantara petikan kata-kata Tun baru-baru ini,.... “Umat Melayu Islam berpecah bukan kerana agama tetapi kerana fahaman politik”.  Kenyataan ini tidak mengejutkan kerana selama ini pun Tun Mahathir tidak pernah menganggap politik itu adalah sebahagian dari agama. Bagi Tun agama lain, politik lain.

Tun Mahathir tidak perlulah berdolak dalik bermain kata-kata,  Tun tidak perlu perpura-pura !   Pendirian Tun sudah nampak jelas sejak dari dulu lagi ! Tun sememangnya berfahaman sekular,  sebagaimana Umno parti pujaan Tun. Tindak-tanduk dan idea-idea Tun banyak menguntungkan keluarga dan kroni. Tanah rezab Melayu susut merudum dizaman Tun. Saham-saham bumiputra banyak ghaib dizaman Tun. Terhakisnya martabat  bahasa Melayu berlaku di era Tun.   Justeru, jangan harap!  jangan percaya! Tun dan parti Umno mahu memperjuangkan bangsa Melayu,.. jauh sekali mendaulatkan Islam!.

 

Akhir-akhir ini Tun merepek pula soal perpaduan !!  tak habis-habis membuat kenyataan di media.  Ada hati pula Tun nak jadi hero perpaduan,  walhal dia sendiri yang membuat perpecahan,  dia sendiri yang menjadi punca perpecahan !!   Pandai Tun bercakap – Melayu mudah lupa !!  padahal  dia sendiri mudah lupa ! walaupun dia bukan Melayu. (maksudnya Melayu tulin)

Apa pendapat anda?  Adakah DrM perlu diberikan pil tidur atau pil pelali agar dia tidur lena atau lena dalam jaga – Mungkin dengan cara itu mulutnya tidak pot pet!,  pot pet! lagi. !

 

Oleh : rahimothman

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan