Khamis, 29 Disember 2011

Orang biasa di hambat, menteri dibiarkan saja

Salahguna Wang Zakat : Amil direman.. menteri tidak,.. kenapa?

 

Tidak berapa lama dulu sekitar pada bulan Ogos  2011 seorang amil Redzuan Mohd Said telah diburu polis kerana melarikan wang kutipan zakat berjumlah RM18,000.

Sebagai orang biasa yang bukan menteri dan tidak punya kuasa apa-apa ,  Redzuan  akhirnya mengaku dan memulangkan wang tersebut.  Beliau dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya itu.
 

Ini pula kisah seorang menteri yang hidup mewah tetapi telah menyalah gunakan kuasa. Beliau usahkan diburu dan didakwa !, di sentuh pun tidak. Beruntungnya menjadi seorang menteri,..berkuasa macam seorang raja, boleh berbuat apa saja,…. bersultan di mata beraja di hati!! 
 
Isu banglo dan wang zakat Jamil Khir, …

Telah banyak diperkatakan diakhbar-akhbar dan blog pro pembangkang.tentang menteri bernama Jamil Khir yang memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

Pertama,,.. selaku menteri agama yang sepatutnya menggalakkan Isu liwat Anwar dibawa ke mahkamah Syariah tetapi beliau pula telah menjadi bapak penghalangnya.    Kedua,.. Beliau telah membina sebuah banglo ala-ala istana hinggap yang mana punca kewangannya amat diragui.
Ketiga,..Isu terbaru,… sebagai menteri di Jabatan Perdana yang menjaga hal-ehwal agama beliau didakwa telah menggunakan wang zakat untuk membiayai  kos guaman kes qazaf yang melibatkan DS Anwar. Sama ada beliau meminjam wang tersebut buat sementara atau sebaliknya ia tetap merupakan satu kesalahan.

Setelah cerita ini hebuh diperkatakan di blog-blog terutama blog pro pembangkang, Jamil Khir seolah-olah menyepikan diri.  Pihak berwajib pula tidak mengambil apa-apa tindakan. Akhbar-akhbar pro Umno seperti biasa cuba menutup atau menenggelamkan isu ini.

Sepatutnya menteri ini diburu oleh polis atau pihak-pihak yang berkenaan,  namun hingga kini tiada tindakan yang dikenakan terhadapnya..Nampaknya kes atau amalan “double standard” yang melibatkan pemimpin Umno terus berlaku,  dan selagi kerajaan BN berkuasa rakyat Malaysia akan terus melopong dan tertipu. 

Sebagai menteri yang bertanggung jawab Jamil Khir tidak sepatutnya diam membisu.  Segera lah menjawab persoalan ini kerana ia telah menimbulkan kegusaran di kalangan umat Islam di Malaysia.

oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan