Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU ke-13) semakin hampir. Ayuh seluruh rakya Malaysia! Kita tamatkan kerakusan dan kezaliman kerajaan UmnoBn. Kita tamatkan sebuah kerajaan yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa! Cukuplah 54 tahun kita dipermainkan, kita didodoikan dengan lagu syahdu tetapi penuh penipuan!
Peluang untuk berubah atau meneruskan perubahan sudah berada di depan mata ! Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik. Segala keburukan yang pernah berlaku dalam kerajaan BN selama ini banyak mengajar Pakatan untuk menjadi jauh lebih baik !
Kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor adalah bukti yang cukup jelas, bahawa PR sememangnya mampu !! Sekiranya PR diberi kepercayaan untuk mentadbir kerajaan pusat sudah pasti sesuatu yang lebih baik akan dilakukan. Rakyat akan hidup harmoni aman damai , jauh daripada perasaan busuk hati dan perkauman, disamping menikmati perkongsian limpahan ekonomi yang disediakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Zaman rakyat didodoi, diperkuda dan digula-gulakan sepatutnya sudah tamat. Kita tidak mahu kerajaan UmnoBn terus bermaharajalela merompak wang dan harta rakyat !! Kita tidak mahu kisah-kisah penipuan seperti kes penyelewengan dalam PERWAJA, PKFZ, SCORPENE, NFC dan sebagainya menjadi tontonan jenerasi alaf baru Malaysia masa kini dan akan datang. Semua sifat-sifat kotor dan perangai jahat pemimpin UmnoBn, mari kita buang jauh-jauh.
Marilah kita menjadi rakyat Malaysia yang bertanggung jawab dan berintegriti. Caranya cukup mudah! Gunakan hak kita sebagai pengundi ! dan pangkahlah Pakatan Rakayat dalam PRU ke-13 nanti. InsyaAlah Negara akan selamat dari Rejim Bujang Senang / kerajaan UmnoBn
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan