Kerajaan Malaysia hari ini ibarat sebuah syarikat bas express yang sudah terlalu tua. Ia sangat uzur, dan berbagai kerenah datang silih berganti . Keadaan basnya pula selalu rosak dan bermasaalah, manakala pemandu bas tua ini sering memandu ikut syok sendiri, memandu secara tidak berhemah dan kadang-kadang peraturan pun mereka redah. Kasihan nasib bas tua!, mereka lanyak cukup-cukup! Jaminan keselamatan penumpang sudah tidak ada lagi. Apakah orang ramai masih mahu menerima perkhidmatan bas seperti ini ?
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuat perubahan seratus peratus. Marilah kita sama-sama menikmati keselesaan sebuah syarikat bas yang baru, bas-basnya baru dan pemandunya juga baru, masih muda, matang dan bermoral tinggi. Kita tamatkan perkhidmatan bas lama dengan menolak BN dan pilih Pakatan Rakyat. Kita cuba dan kita lihat perbezaannya !
Kalau BN boleh tubuh kerajaan dan jadi pemerintah, PR juga boleh !! Kalau PR boleh jadi pembangkang, BN juga boleh jadi pembangkang. Dunia ini macam roda , kekadang ke atas kekadang kebawah. Allah jadikan apa saja didunia ini berpasangan atau berlawanan seperti, - besar kecil, syurga neraka, awal akhir, baik buruk termasuk pemerintah lawannya pembangkang. Kita sebagai umatnya yang diberi akal dan fikiran perlu memilih satu. Perlembagaan Negara Malaysia, malahan mana-mana negara di dunia pun - tidak menghalang rakyatnya menukar kerajaan, bahkan membenarkannya.
Ayuh rakyat Malaysia sekalian. Kita lakukan dengan berani dan yakin !. Jangan ada perasaan gentar dan takut, Pemimpin dan parti pembangkang juga ada hak, pemimpin pembangkang bukan pendatang asing, bukan makhluk asing. Mereka juga rakyat Malaysia sama seperti pemimpin BN. Mereka ada darah yang sama berwarna merah, mereka ada hati, ada perut, ada akal dan ada fikiran!, seperti mana orang-orang UmnoBn juga..
Apa beza pemimpin BN dengan pemimpin PR? Bezanya ialah pada hati,. Hati orang PR tidak sehitam hati orang BN. Pemimpin Pakatan Rakyat sangat perihatin, sangat berintegriti. Mereka sudah banyak belajar dari keburukan pemimpin BN. Dan hari ini pemimpin Pakatan Rakyat sudah buktikan mereka boleh memerintah dengan baik dan bersih! Lihat saja Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor !
Sekali lagi ayuh! rakyat Malaysia !! kita buktikan!, kita mampu berubah, kita mampu mengubah. Kita cuba Pakatan Rakyat pula menerajui Putrajaya untuk sepenggal dua. InsyaAllah, PR akan menjadi sepuluh kali lebih baik dari BN. Ayuh rakyat Malaysia!, kita buang BN, kita pilih Pakatan Rakyat. Itulah saja caranya jika rakyat mahukan perubahan ! Takkan selama-lamanya kita mahu dibuli oleh puak-puak penyangak ini !!
Tak sabar rasanya nak melihat Malaysia diperintah oleh sebuah kerajaan yang baru. bersemangat baru dan berjiwa baru. Semoga MALAYSIA BARU akan benar-benar menjadi kenyataan.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan