Isnin, 5 Disember 2011

BILA KETUA WANITA MELENTING !!,…


Semasa ucapan diperhimpunan Agong Wanita Umno kelmarin Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil kelihatan begitu marah sekali !  sambil menafikan penglibatannya dengan isu NFC.  Marah pun marah lah dato’  !,  tapi janganlah sampai nak tayang aurat dan tayang barang kemas !! cukuplah sekadar tayang jambul !

 
Menteri kesayangan PM yang suka tayang jambul ini marah sungguh kat Pakatan Rakyat kerana menuduh dan mendedahkan yang beliau ada kaitan  dalam penyelewengan projek NFC kendalian suaminya yang melibatkan dana rakyat berjumlah RM250 juta. Sayang!, dia hanya berani kepada pembangkang, dan tak berani marah pada Ketua Audit Negara yang awal-awal lagi telah mendedahkannya? Sama ada Dato’ dipihak yang benar atau sebaliknya,.. sama-samalah kita tunggu!. Ini tiga rangkap pantun buat Dato’,..


Jambu delima dimakan enak   
Buah teratai  idaman teruna
Lembu betina dah naik minyak
Hujah bersepai entah kemana

Pergi bercuti  ke Tasik Puteri
Teman bersantai puteri lilin
Berhati-hati wahai mak menteri
Jangan sampai terselak kain

Berdagang nakhoda menempuh lautan
Membawa selasih bersama longan
Orang dah kata letaklah jawatan
Kenapa masih nak bersenseng lengan?

Oleh : rahimothman


1 ulasan:

  1. bravo...sokong mak lembu..opppssss silap...sokong rahimothman..bukan ottaman k

    BalasPadam