Tun Mahathir dah nyanyuk atau Tun buat-buat nyanyuk ! Tun suka bercakap bohong atau kegemarannya suka berbelit-belit ! Tun pelupa atau atau Tun memang lidah bercabang!!!! Yang pasti berdasarkan track recordnya Tun memang suka bercakap ikut sedap mulut !!
Dulu semasa dalam penjara, mata Anwar menjadi lebam !!,,.. Tun dengan selamba mendakwa Anwar cederakan diri sendiri.. tetapi akhirnya Rahim Nor KPN telah mengaku membelasah Anwar ! namuni Tun buat senyap je tanpa mahu mengaku kesilapan tuduhannya.
Dulu Tun pernah kata dia berani penjarakan Anwar, kerana pada ketika itu dia ada kuasa. Tun pernah kata dia sengaja penjarakan Anwar walaupun Anwar tak buat salah apa-apa. Begitulah enak, lancang dan celuparnya mulut Tun bila berkata-kata ! Bercakap benar atau berbohong bagi Tun itu perkara kedua !
Isu pinjaman Bank Dunia : Baru-baru ini Tun ada berkata dia dan kerajaan Malaysia tak pernah buat pinjaman bank dunia semasa ekonomi meleset pada 1998. Kelmarin PKR dedahkan bahawa Tun ada buat pinjaman. Menurut PKR, mereka ada dokumen yang menunjukkan Tun pernah buat pinjaman bank dunia. Tun dakwa dokumen itu mungkin palsu dan Tun tetap berkeras mengatakan dia tak pernah buat pinjaman tersebut. Untuk meyakinkan orang ramai Tun mencabar pula DS Anwar agar bersumpah ! MasyaAllah ! Pemimpin Umno ni lain kerja tak ada,…balik-balik bersumpah ! bersumpah !!
Last-last hari ini Tun mengaku ada membuat pinjaman bank dunia seperti didakwa pembangkang, tetapi ada pula alasannya begitu begini !!. Huhh !! dasyat !! begitulah hebatnya mulut Tun. Banyak kenyataan yang dibuatnya bersifat flip flop ! flip flop. Keghairahan Tun bercakap seolah-olah dia sedang memandu but laju ditengah lautan, dia tak bimbang langsung tentang but-but lain, dia tak risau sikit pun tentang batu-batu dipermukaan laut. Isi percakapannya pula ibarat buah durian mengkal ,.. dalam sepuluh mungkin satu je boleh dimakan ! selebihnya keras macam batu atau busuk berulat!
Andaikata Pakatan Rakyat memerintah nanti sudah tentu segala kecurangan dan penyelewengan Tun akan dibongkar ! Mungkin sebab itu Tun buat-buat gila,.. tetapi silap-silap haribulan nanti Tun mungkin benar-benar gila. Walau apa pun jika Tun benar-benar gila tak apa ! Ada hikmahnya, Tun akan selamat dari sebarang dakwaan ! kerana orang gila tak layak dibicarakan dimahkamah !! !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan