Jumaat, 23 Disember 2011

Insaf ! dan ambillah pengajaran !


Semalam sah, bekas Menteri Besar Selangor,  Mohd Khir Toyo dari Umno dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan rasuah melibatkan pembelian lot tanah banglo bernilai jutaan ringgit. Selain hukuman penjara harta bekas menteri besar itu dirampas ! Walau bagaimanapun Khir diberi peluang merayu dan kini sedang dalam proses membuat rayuan.

Demikianlah kisah kerakusan kuasa dan ketamakan pemimpin Umno dalam mengumpul harta. Ini baru secebis dari berpuluh-puluh lagi kes yang belum disiasat, sedang disiasat dan akan disiasat. Kalau nak dikira sejak dari dulu hingga sekarang,.kes rasuah yang melibatkan pemimpin BN terutama Umno rasanya dah berlori lori!,  ada yang tersangkut dan banyak juga yang terlepas !

Wahai seluruh rakyat Malaysia!  Marilah kita berubah! Marilah kita memilih sebuah kerajaan baru yang berintegriti ,bersih amanah dan bertanggung jawab. Jangan kita mengizinkan lagi kerakusan pemimpin Umno merompak wang dan harta rakyat. Tamatkanlah sokongan kita kepada kerajaan UmnoBn   dan sokonglah kerajaan yang baru, iaitu Pakatan Rakyat. Pastikan anda memangkah PR dalam PRU ke-13 nanti.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan