Ahad, 11 Disember 2011

NAJIB MASIH NAK SIMPAN SHAHRIZAT ?

Dah ramai pemimpin BN desak letak jawatan !
Shahrizat  membisu : Pesan Mahathir  – jangan sampai orang halau kita keluar

Berhubung dengan isu NFC – Ternakan lembu feedlot yang melibatkan salahguna wang rakyat berjumlah  RM250 juta,.. Tun Dr Mahathir, Bung Mokhtar, Syed Ali Al Habsee dan beberapa lagi ahli atau pemimpin Umno telah menyuarakan pendapat agar individu yang terbabit meletak jawatan.  

Terbaru Datuk Abd Ghapur Salleh Ahli Parlimen Kalabakan telah membuat gesaan yang sama,  namun setakat hari ini tak ada tanda-tanda yang menunjukkan Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil,  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Wanita Umno  mahu berbuat demikian.  Inilah susahnya sikap kebanyakan pemimpin Umno,..  mereka terlalu menyayangi jawatan yang disandang,.. mereka lebih tamakkan kuasa dari menjaga maruah diri dan parti.

Shahrizat dalam ucapannya diperhimpunan Agong Wanita Umno baru-baru ini dengan garang dan lantang menyatakan bahawa masaalah “feedlot” kendalian suaminya tak ada kena mengena dengannya!,,… Satu soalan untuk Dato’ Seri Shahrizat,… Kalau tak ada penyelewengan,  kenapa marah-marah?,  kenapa melenting dan menyinsing lengan macam orang kena rasuk? Macam perempuan meroyan?  Sikap dato’ sendiri telah memperlihatkan yang dato’ dalam keadaan mengelabah !!

Lupakah dato’  akan pepatah orang Melayu yang berkata,…. “Jangan disebabkan nila setitik,  rosak susu sebelanga !”  atau “Jangan kerana orang lain yang makan nangka,  orang lain pula yang terkena getahnya!” Kalau dato’ mengambil sikap sebagai seorang menteri yang bertanggung jawab ingatlah pesan mantan perdana menteri Tun Mahathir ,.,.. “Jangan sampai orang halau kita keluar,  baru nak keluar”

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan