Siapa beri betis siapa mintak paha?
Setelah lima tahun tinggal di rumah Pengasih milik Persatuan Pengasih Malaysia, penyanyi pop terkenal negara Jamal Abdillah dikhabarkan telah meninggalkan institusi atau rumah kebajikan tersebut kelmarin.Menurut sumber tindakan Jamal dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati dengan pihak pengurusan rumah kebajikan itu. Penyanyi ini menyatakan rasa kesal, sedih dan kecewanya dengan beberapa dakwaan negatif terhadapnya oleh Presiden Pengasih. .
Menurut Jamal. sepatutnya Pengasih menjadi institusi pemberi semangat serta membimbing penghuni yang memerlukan bantuan,.. bukannya menabur pelbagai dakwaan yang boleh menjatuhkan reputasi seseorang.
Entahlah ! kita pun tak tahu apa sebenarnya yang telah berlaku di rumah Pengasih itu ! Kita kurang faham apa yang dimaksudkan oleh Jamal tentang menjatuhkan reputasi seseorang, lalu beberapa soalan bermain dikepala kita,..
1. Apakah sebenarnya status Jamal di rumah Pengasih? 2. Berapa lama Jamal perlu duduk disitu? 3. Siapa yang mengizinkan beliau tinggal disitu begitu lama? 4. Berapa kos Jamal tinggal disitu dan siapa yang tanggung? 5. Adakah Jamal telah bersikap lebih sudu dari kuah? Atau diberi betis mahukan paha? 6. Apakah tuduhan Jamal itu benar atau sebaliknya? Kalau tuduhan Jamal itu tidak benar alangkah malangnya kerana telah bersangka buruk terhadap pihak yang menjaga dan membimbingnya selama ini? Lima tahun tinggal di Pengasih bukannya sekejap !!
Lain-lain mengenai Jamal,.kebenaran dan andaian,....
Khabarnya Jamal telah menjadi ahli Umno baru-baru ini. Jamal juga telah membuat persembahan di persidangan agong Umno tempoh hari. Tak berapa lama sebelum itu Jamal dikatakan ada bersedekah selori beras kepada penduduk miskin di Perak. Semua berita yang melibatkan Jamal ini dihighlightkan di akhbar arus perdana. Hari ini Jamal seolah-olah hendak bermusuh pula dengan Pengasih.Kenapa ini berlaku ?
Apakah Jamal merasakan dirinya sebagai anak emas kepada Pengasih, Umno atau mana-mana pihak? Apakah Jamal mahukan perhatian ? Perhatian dari siapa?,...pihak Pengasih?,.. Mungkin ya, mungkin tidak! Perhatian pemimpin Umno? Ada kemungkinan !!! Boleh jadi juga Jamal mengharapkan sesuatu dari parti Umno yang baru disertainya ,... Jawatan ? projek ? atau menjadi wakil Rakyat? Tiada yang mustahil !! Pilihanraya kan dah dekat? Seluruh rakyat tetap akan merasai bahangnya, tak kira dari gulungan mana pun!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan