Sabtu, 3 Disember 2011

Wow !! cepatnya mamat ni buat kenyataan


Pelik, tapi benar !! Belum apa-apa si mamat ni  (Datuk Seri Khalid Abu Bakar- Timbalan Ketua Polis Negara )  dah buat kenyataan,  yang bermaksud seolah-olah Dato’ Seri Shahrizat tak bersalah. (merujuk isu NFC)

Menurut beliau berdasarkan siasatan awal polis,.. tiada bukti berlakunya  jenayah pecah amanah dalam projek lembu NFC seperti yang dilaporkan !  Wow ! cepatnya polis bertindak!  Hari ini siasat, esok lusa dah keluar keputusan, walhal siasatan baru diperingkat awal.  
 
Kenapa dalam kes yang melibatkan pemimpin Umno nama pemimpin itu perlu dibersihkan segera tanpa menunggu siasatan yang lebih lanjut?  Tentu ada udang disebalik mi !  dan seluruh rakyat Malaysia pun dah tahu !!  . kan sekarang ni sedang berlangsung Persidangan Agong Wanita Umno? Nama pemimpin itu perlu dijaga demi kepentingan Umno, tetapi mampukah bangkai gajah nak ditutup dengan nyiru?.

Lain pula dengan kes yang satu ni.  Hasil siasatan mengenal pasti  siapa pelakun lelaki dalam video seks yang kononnya mirip DS Anwar  sampai la ni tak keluar-keluar. Begitulah cekap dan taatnya pihak PDRM berkerja.  Umno suruh cuci jamban,.. cuci,  Umno suruh cium taik,.. cium !!

Nampaknya sia-sia sajalah segala pendedahan yang telah dibuat!  Bertuahnya menjadi orang penting dalam Umno. Segala kesalahan jenayah sama ada jenayah civil atau jenayah komersial begitu mudah ditutup,. janji taat kepada pemimpin nombor satu !

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan