Nampaknya Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Wanita Umno Malaysia masih belum mahu meletak jawatan walaupun didesak oleh banyak pihak termasuk dari Umno sendiri. Shahrizat seolah-olah mencabar balik pihak-pihak yang mendakwanya apabila beliau menyebut bukan beliau sahaja pemimpin Umno yang bermasaalah. Maksudnya,… ada ramai lagi !,..Berapa ramai ye? dan siapa antaranya? Berani dan sanggupkah Shahrizat mendedahkannya? Bila Shahrizat nak dedah?
Persoalan ini akan terus bermain di kepala kita ! Mungkin Shahrizat menunggu masa dan ketika yang sesuai ,, mungkin setelah beliau benar-benar diasak !! Tetapi persoalanya pula,..beranikah Najib mendesak Shahrizat ? Sejak isu ini panas, Najib belum lagi membuat sebarang kenyataan atau pendirian . Keengganan Najib mengambil sebarang tindakan kepada menteri wanita ini boleh menimbulkan banyak persepsi kerana penyelewengan dalam projek NFC ini melibatkan wang rakyat yang cukup besar iaitu – RM 250 juta.
Apakah jika Shahrizat dipecat, Najib takut Shahrizat akan mendedahkan banyak lagi lain-lain penyelewengan yang melibatkan pemimpin Umno? Atau yang melibatkan keluarga Najib sendiri? Tidak mustahil !! Inilah yang dikatakan ditelan mati emak diluah mati bapak ! Di darat harimau nak menerkam di sungai pula buaya menanti !! Yang pasti Najib dan Umno akan hilang kepercayaan. Kekotoran di badan Umno tak sempat dibersihkan !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan