Dalam sehari dua ini terdapat dibanyak akhbar dan blog mendakwa kononnya Setiausaha Sulit TPM, Mohd Shukor Abdul Manan ada menerima sogokan lebih daripada RM100,000 setiap bulan. Benar atau tidak, atau sekadar cerita penglipur lara menjelang pilihanraya, kita lihat perkembangan seterusnya.
Tan Seri Muhyiddin perlu menjawab atau memberi penjelasan kepada rakyat. bukan membuat penafian atau terus mendiamkan diri. Muhyiddin tidak perlu menyembunyikan kebenaran sekalipun kebenaran itu amat pahit untuk ditelan kerana melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap beliau selaku Timbalan Perdana Menteri..
Dakwaan seperti ini amat berat dan memerlukan siasatan terperinci kerana ia melibatkan integriti dan nama baik Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Muhyidin kena siasat tetapi bukanlah siasat sendiri-sendiri. Siasat sendiri tak boleh pakai, kerana dikhuatiri ada yang disembunyikan. Eloklah diserahkan saja kepada SPRM !
Dalam isu sogokan ini , sama ada ia berlaku atau tidak ia bukan sesuatu yang pelik ! Namun ia tidak langsung memeranjatkan jika ia benar-benar berlaku ! . Selama ini pun kita dah jenuh mendengar kes-kes penyelewengan sebegini. Mengikut track record Umno,... demi untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni. mereka tidak dapat lari dari tiga perkara negatif ini iaitu,...
1. Memberi rasuah, dan atau menerima rasuah. 2. Menyeleweng kuasa dan atau menyalahguna kuasa. 3. Mengambil kesempatan dan atau merampas hak orang lain.
Maka sebelum PRU ke-13 berjalan PM mahupun TPM perlu dilihat bersih dan insyAllah keputusan PRU juga akan dilihat benar-benar bersih, tak kiralah pihak mana yang menang..
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan