Ahad, 18 Disember 2011

Pintu Umno sudah dibuka untuk mereka ?

Sanggupkah mereka duduk dalam  parti yg sudah dianggap tong najis !?
 
Isunya : Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa buat hal dengan PAS. Benarkah begitu? Atau Umno yang buat hal dengan mereka? Selalunya yang sibuk bercakap bagi pihak mereka ialah akhbar-akhbar penyampu, pemimpin-pemimpin Umno dan balaci-balaci Umno ! 

Menurut Al- kisahnya,  mereka ini dikatakan sudah menjadi pro Umno dan pro Najib.  Dalam masa yang sama pinggang mereka dicuit kononnya mereka tidak akan dicalunkan dalam PRU ke-13 nanti,  dan macam-macam cerita lagi.

Apakah isu panas atau kontroversi yang mengaitkan mereka ini benar atau sebaliknya ,  hanya mereka sendiri ada jawapannya!  Kalau benar pun Umno sudah berjaya menjadikan kedua-dua mereka ini satu isu yang panas, biarkanlah Umno saja yang merasakan panasnya ! 

PAS seharusnya  tidak terikut-ikut dengan rentak tarian Umno!  PAS tak perlu resah dan tak perlu menggelupur macam cacing kepanasan !  Berindaklah secara cool.  Kalau pun isu itu memang wujud dan benar-benar telah berlaku,.. akuilah bahawa semua itu adalah asam garam dalam politik. Tak ada laut yang tidak bergelora,  tak ada bumi yang tak ditimpa hujan. Perbetulkan kesalahan dan kesilapan,. Perbaiki kelemahan dan kekurangan Berfikirlah secara positif dan tanganilah sebarang isu dengan bijaksana !

Kepada semua pemimpin dan seluruh ahli PAS !  Ketahuilah,  bahawa Umno sememangnya mencari peluang dan tidak akan melepaskan peluang!  Apa lagi semua ini adalah hasil usaha dan kerja keras mereka sendiri  yang tak jemu-jemu bercakap soal pentingnya perpaduan Umno – Pas.  Mereka terpaksa menebal muka mengajak PAS dan Umno bersatu kearah perpaduan walaupun hakikatnya,.. niat sebenar mereka tidak ikhlas !
SUDAH TERBUKTI,  BAHAWA UMNO ADALAH  IBU SEGALA PERPECAHAN !


Umno tak layak cakap soal ikhlas,  sememangnya mereka tak pernah ikhlas.    Yang pasti mereka kini  sedang memasang lukah !!

Selama ini Umno berusaha keras membuatkan kedua tokoh Pas ini khayal atau mengantuk, lalu Umno jugalah yang menyorongkan bantal untuk mereka !  Maka dicananglah satu dunia bahawa pintu Umno sentiasa terbuka untuk kedua-dua tokoh Pas ini!  Demikian perilaku Umno,. adanya.

Kalimah ikhlas tiada dalam kamus politik Umno !  Menerima ahli PAS menjadi ahli Umno ia ibarat bulan jatuh keriba ,  sesuatu yang sangat dinanti-nanti!   Sedangkan hampas atau bangkai bernyawa pun Umno terima sebagai ahlinya,  inikan pula tokoh yang sudah  teruji kepimpinan mereka. Umno benar-benar terliur dengan ahli PAS yang seakan-akan masih dara ini.

Kita mengharapkan kedua tokoh PAS ini tidak terus khayal dilamun cinta indah. Beristighifar lah banyak-banyak, bertanyalah orang lama, rujuklah Majlis Syura’ sebelum membuat apa-apa  keputusan. Sedarlah yang musuh utama orang Islam ialah Umno,  sifat mereka lebih teruk dari Yahudi !   Umno kini walaupun dalam keadaan uzur mereka masih berselera !  Mulut Umno sentiasa ternganga,  macam singa tua lapar yang menunggu mangsa untuk dibaham.

Namun apa-apa pun terserahlah pada kebijaksanaan kedua tokoh pemimpin Pas ini menentukan pendirian dan hala tuju politik mereka. Takkanlah sekocak air dalam baldi mahu dianggap sebagai ombak atau badai yang menghempas pantai !!  Permasaalahan yang timbul tidaklah  sebesar mana!,..ia ibarat ribut di dalam cawan. Tak perlulah bakar kelambu kerana marahkan nyamuk !.

Amatlah tidak berbaloi dan tak masuk akal andainya tokoh Pas ini terpikat dengan janji-janji manis yang ditabur oleh Umno untuk mereka. Kalau pun mereka  merasai  diri sudah tak sesuai sangat dengan PAS,atau  sudah tidak sehaluan lagi dengan pucuk pimpinan,..  berihat sajalah buat seketika!   Atau masuk saja mana-mana parti,.. asalkan bukan Umno (ABU)

 

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan