Akhirnya dia melatah !! . Tersinggung soal pencalunan,… kemudian melarat sampai menyentuh soal dasar dan kepimpinan PAS,.. Kenapa?
PAS atau Hasan Ali ? Siapa sebenarnya dah berubah ?
Berbangganya Dr Hasan Ali dapat liputan khas di TV3, walhal stesyen Tv itu adalah musuh PAS, musuh Pakatan Rakyat.
Entah dirasuk apa tiba-tiba beliau melenting lantas membuat sidang video dan kenyataan media! . Apakah beliau didesak oleh suara-suara ghaib atau tangan ghaib? Atau beliau didesak oleh geruh PRU ke-13? Atau beliau cuma nak test market ?
Menurut Dr Hasan punca segala isu ini ialah kenyataan Saari Sungip ketua penerangan PAS Selangor yang menyatakan beliau tidak dicalunkan pada PRU nanti. Itulah punca sebenar,.. katanya.
Barangkali beliau merasa tercabar dan kurang senang dengan kenyataan yang dibuat oleh Saari yang telah mendahului badan tertinggi parti atau pucuk pimpinan parti !
Tetapi dalam kenyataan sidang media tersebut, beliau bukan sekadar menyentuh isu beliau tidak calunkan, bahkan menyentuh panjang lebar tentang kepimpnan parti, dasar parti, termasuk ketidak setujuan beliau dengan dasar negara berkebajikan yang telah dipersetujui bersama. Seterunya beliau mencabar s/usaha agong parti agar menunjukkan bukti yang beliau telah termasuk perangkap Umno. Bunyinya macam elergik sangat dengan Umno, hakikatnya entahhlahh! ?. Jangan sampai cabar mencabar untuk bersumpah sudahlah !! itu bukan budaya PAS !, itu budaya orang sebelah sana !
Bercakap soal pendirian pula Dr Hasan ada menyebut yang beliau lebih suka PAS dulu dari PAS sekarang. Sebab PAS dulu ramai ulamak, manakala PAS sekarang terlalu ramai gulungan profesional. Naahhh ! bukankah ini bermakna Hasan kurang senang dengan PAS sekarang ! Silap besar Hasan ni ! Marah pada PAS mengadu pada musuh Pas. Bukan dia tak tahu TV tu adalah sebahgian dari Umno !!
Seperkara lagi,..dalam sidang video tersebut Dr Hasan Ali beriya iya benar menekankan 3 perkara yang menjadi keutamaan beliau iaitu,..
1. Perjuangan Memartabatkan Agama Islam. 2. Perjuangan Memartabatkan Bangsa Melayu,.. dan 3. Perjuangan Memartabatkan Institusi Raja-Raja Melayu.
Apakah dia beranggapan hanya dia seorang saja yang memperjuangkan Islam?, membela bangsa Melayu? dan memertabatkan Raja-Raja Melayu ? Orang lain tak buat apa-apa? Inilah silapnya Hasan Ali ! Dia sudah terlebih perasan!.Syok sendiri !! Kata orang tua-tua – “Lebih lajak dari laju”.
Agaknya sudah sekian lama Dr Hasan Ali melihat alam sekelilingnya dengan cermin mata gelap. Dia fikir dia nampak banyak benda yang orang lain tak nampak. Walhal orang lain juga dapat melihat seluruh dirinya dengan mata kasar dan mata hati !! Orang lain mungkin dapat melihat seluarnya yang terkoyak di punggong !! sedangkan dia sendiri tak nampak.
Bersabar dan bertenanglah wahai Dr Hasan Ali. Marilah kita menjauhi sifat-sifat mazmumah, takbur dan riak. Andainya kita tersesat di hujung jalan baliklah kepangkal jalan! Inikan pula kalau kita baru dipertengahan jalan !! Fahamilah bahawa perjalanan PAS masih jauh tetapi matlamat PAS sudah dekat.. Sedarilah bahawa PAS boleh mencapai mercu kejayaan bersama Pakatan,! Bukan bersendirian, bukan dengan Umno !. Jangan sekali-kali kita membuang peluang yang ada ini !
Kepada kepimpinan PAS,.. jadikan isu Dr Hasan ini ibarat sambal belacan atau cencaluk Melaka, sejenis makanan yang ada orang suka, ada orang tak suka ! Ada orang kata enak, ada orang kata busuk ! tetapi ia tetap digemari, ia tetap sejenis makanan. Janganlah sampai ada orang yang membuangnya !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan