Sabtu, 10 Disember 2011

UMNO SELEWENG MAKSUD JIHAD !!


Jihad Umno untuk Melayu,.. agama dan negara. Kadang-kadang agama jatuh tempat terakhir.  Jihad PAS semata-mata kerana Islam,..kepentingan bangsa dan negara pasti dating,…


Muhyiddinn Yassin dalam ucapan Perhimpunan Agong Umno baru-baru ini mengajak ahli Umno berjihad. Wah, wah ! pertama kali kita mendengar pemimpin Umno menyebut perkataan jihad !!  tetapi tahukah beliau erti perkataan jihad itu ? Kalau beliau betul-betul faham beliau tak sewajar menyeru orang-orang Umno agar berjihad untuk memperjuangkan bangsa Melayu !         Tan Sri ! Istilah “jihad” Tan Sri tak kena tempat !!

Sesungguhnya  jihat itu istilah Al-Qur’an  atau berasal dari Al-qur’an dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam,  tetapi jihad yang dimaksudkan oleh pemimpin Umno sangat bertentangan dengan Islam. Dasar parti itu langsung tidak berteraskan Islam,  malahan terpalit dengan salahguna kuasa dan rasuah !  Apakah jadahnya perkataan  “jihad” ini nak digunakan?  Lebih malang, ramai pemimpin parti Melayu kuno itu telah melakukan kemungkaran!!

Nampaknya Umno telah mentafsir makna jihad mengikut kefahaman sendiri. Mereka sifatkan jihad mereka ialah berjuang bermatian-matian demi mempertahankan ketuanan orang Melayu. Walhal jihad sebenar mengikut Al-Quran ialah menegak dan mempertahankan Islam, bukan menegakkan bangsa, suku kaum atau keturunan!.  Bukan juga untuk mempertahankan kuasa atau harta seperti yang diamalkan oleh Umno selama ini.

Kenapa jihad sebenar ialah di atas dasar menegakkan Islam?... Sebab,..Islam itu agama Allah, Islam itu agong, Islam itu syumul, Islam itu cantik, Islam itu bersih,  Islam itu untuk semua,      Dan akhir sekali kita perlu ingat!  Islam bukan milik orang Melayu, Islam bukan milik Arab, Islam bukan untuk orang putih, bukan untuk Cina atau India atau sebagainya !! .
Islam adalah untuk manusia sejagat !!

Oleh : rahimothman





Tiada ulasan:

Catat Ulasan