Khamis, 8 Disember 2011

Najib, super hipokrit !!



Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, perkemangan terbaru ini menunjukkan presiden Umno dan pemimpin-pemimpin partinya adalah oportunis politik, yang hanya mahu menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai parti antiperkhidmatan awam.
Pemimpin-pemimpin Umno melakukan serangan bertubi-tubi ke atas perikatan itu sejak Pua mengesyorkan idea mengurangkan tenaga kerja sektor awam yang kini telah mencecah 1.4 juta orang, bulan lalu.
“Najib telah membuktikan dirinya (pemimpin yang) bersikap hipokrit tahap tertinggi,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini. [Klik sini untuk terus membaca]
Kadar korupsi di negara amat tinggi. Akibatnya, poket kerajaan kurang berisi. Lantas... pelbagai dasar transformasi dilaksanakan untuk menjustifikasikan keadaan yang serius ini.

Maka, lahirlah pelbagai transformasi dalan agensi itu dan ini dan JPA tidak terkecuali. Tapi, kesannya tak semuanyer indah. Ia memberi ilusi indah tapi realitinya.... mengerikan sekali. Inilah hakikat yang terpaksa kita terima hasil transformasi ini....

Duit rakyat dah banyak kena pau jadi terpaksalah saiz perkhidmatan awam dikecutkan bagi mengurangkan saiznya. Bermakna..... akan berkuranglah peluang kerja untuk rakyat di sektor awam, ya?? Kesian...

Sudah ler 29, 000 jawatan dihapuskan.... lepas tu sesapa yang tak perform, kena pulak say bye-bye... sama ada diberhentikan atau diarahkan bersara awal. Uuughh..... dahsatnyer!!

Alahai.... begitulah nasib malang kakitangan awam kerajaan. Bukannyer, makin terbela tetapi makin huru-hara dan tak menentu jadinya. Kesian komer.... Jaga-jaga. Pasti ramai yang akan terkesan.


Rakyat pasti hidup susah di sana dan di sini. Inilah kesannya, ketidakcekapan kerajaan UMNO@BN mentadbir dan mengurus kewangan negeri. Kini... rakyatlah yang terpaksa menanggung segala beban derita ini. Rakyat tak boleh nak berbuat apa-apa lagi, kerana sekarang kuasa di tangan sang durjana.

Tapi tunggu.... masanya akan tiba juga. Rakyat akan bangkit untuk ajar para pemimpin parti Melayu durjana ini. Aha... PRU13, bukan ke akan tiba juga??

Apa yang pasti, kesan daripada program transformasi ini pasti akan mempercepat Najib dan kerajaan 1Malaysianya mati. Mereka ini, pemimpin yang hanya pandai bikin janji tapi tak selalu ditepati. Hari ini cakap lain... esok, lain pulak bunyinya. Dasar pemimpin munafik!!

Paksu Alang membeli arang
Bawa nasib pergi ke Merbok
Dulu lantang menuduh orang
Rupanya Najib lagi teruk

Itu sebab, kita dah katakan dan kita rayu kepada kaki tangan awam kerajaan, jangan terpedaya dengan tipu helah kerajaan 1Malaysia Najib. Ini jenis kerajaan yang hanya mahu lepaskan batang tengkok sendiri jer.

Kakitangan awam diperdaya dan diperbodoh begitu saja. Ini semua dasar menekan kakitangan awam. Mereka tekan komer dengan cara paling halus menggunakan kuasa yang mereka ada. Kamu ada kuasa untuk bertindak. Gunakan kuasa undi komer dalam PRU 13 nanti. Tolak kerajaan yang menindas rakyat!!

Demi Rakyat... UBAH!! Undilah Pakatan Rakyat!! Pasti hidup anda akan terbela.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan