Selasa, 20 Disember 2011

JANGAN MARAH NYAMUK KELAMBU DIBAKAR


Buktikan PAS matang ! Masaalah hanya sebesar tahi hidung !!

Dalam hubungan dengan mana-mana parti sememangnya Umno tak pernah ikhlas.!!  Sehingga kehari ini PAS terbukti sudah cukup matang dengan mainan Umno dan diharap terus menjadi matang ! Cukuplah Dato’ Asri,dan segelintir ahli PAS ditipu oleh Umno !

Akhir-akhir ini Ustaz Nasharudin dan Dr Hasan Ali semacam sudah hilang jatidiri, roh Islam mereka seolah-olah sudah terbang!  Mereka memberi  ruang untuk Umno menerjah kedalam rumah PAS, ditambah pula segelintir pemimpin PAS memberi beberapa kenyataan  negatif yang merugikan parti.  Dalam keadaan PAS dan Pakatan hampir mencecah mercu kejayaan kenapa perlu memberi bola tanggung kepada Umno? 

Sedarlah wahai parti PAS,  wahai Nasha dan Hasan !!  Umno telah dan sedang berusaha keras nak menjahanamkan pembangkang terutama PAS .  Sama ada kita percaya atau tidak,  perkara telah pun berlaku. Umno telah berjaya membuatkan  kedua tokoh Pas ini khayal  dan mengantuk,  lalu Umno jugalah yang menyorongkan bantal untuk mereka !  Maka dicananglah satu dunia bahawa pintu Umno sentiasa terbuka untuk kedua-dua tokoh Pas ini!  Demikian perilaku Umno,. adanya.

Kalimah ikhlas tiada dalam kamus politik Umno !  Menerima ahli PAS menjadi ahli Umno ia ibarat bulan jatuh keriba ,  sesuatu yang sangat dinanti-nanti!   Sedangkan hampas atau bangkai bernyawa pun Umno terima sebagai ahlinya,  inikan pula tokoh yang sudah  teruji kepimpinan mereka. Umno benar-benar terliur dengan ahli PAS yang seakan-akan masih dara ini.

Kita mengharapkan kedua tokoh PAS ini tidak terus khayal dilamun cinta indah. Bermuhasabahlah !! Beristighifar lah banyak-banyak, bertanyalah orang lama, rujuklah Majlis Syura’ sebelum membuat apa-apa  keputusan. Sedarlah yang musuh utama orang Islam ialah Umno,  sifat mereka lebih teruk dari Yahudi !   Umno kini walaupun dalam keadaan uzur mereka masih berselera !  Mulut Umno sentiasa ternganga,  macam singa tua lapar yang menunggu mangsa untuk dibaham.

Namun apa-apa pun terserahlah pada kebijaksanaan kedua tokoh pemimpin Pas ini menentukan pendirian dan hala tuju politik mereka. Takkanlah sekocak air dalam baldi mahu dianggap sebagai ombak atau badai yang menghempas pantai !!  Permasaalahan yang timbul tidaklah  sebesar mana!,..ia ibarat ribut di dalam cawan. Tak perlulah bakar kelambu kerana marahkan nyamuk !.

Amatlah tidak berbaloi dan tak masuk akal andainya tokoh Pas ini terpikat dengan janji-janji manis yang ditabur oleh Umno untuk mereka. Kalau pun mereka  merasai  diri sudah tak sesuai sangat dengan PAS, dasar PAS ketinggalan zaman atau  anda sendiri sudah tidak sehaluan lagi dengan pucuk pimpinan,..  berihat sajalah buat seketika!   Atau masuk saja mana-mana parti,.. asalkan bukan Umno (ABU)

Oleh Rahimothman

1 ulasan:

  1. Betul ker UMNO yang nak menjahanamkan PAS . Ker PAS yang dah berubah ??


    Buktinya : Kenapa Pengerusi DAP selangor pun hadir pada sidang media Dr. Rani dan Khalid samad semalam ?? Bukan ker sidang media tu menjelaskan permasalahan PAS selangor . Kenapa perlu Theresa Cock campurtangan dalam hal PAS Selangor.

    Adakah PAS dah berubah menjadi Biro Agama DAP ??

    BalasPadam