Ahad, 18 Disember 2011

Bolehkah DrM berlakun sekali lagi demi Umno?


Mahukah lagi rakyat ditipu oleh tangisan “bapa perpecahan Melayu” ini ?!

Akhir-akhir ini sibuk sangat mantan Perdana Menteri ini bercakap soal perpecahan orang Melayu ! perpecahan orang Melayu!. Setiap kali diwawancara,  walaupun beliau nampak cool tetapi hakikatnya beliau panas, gelisah dan tak senang duduk!. Kenapa?,.. Kerana Pakatan Rakyat sudah terlalu dekat dengan Putrajaya. Beliau takut Dinasti Umno akan tumbang !,.. beliau takut kepentingan diri dan keluarga beliau akan ranap. Beliau cukup takut dan malu jika kebobrokan Umno selama 54 tahun ini terbongkar !!  Itu sebenarnya !. 

Tetapi apa penjelasan sebenar di sebalik gambar di atas?

Pada pandangan penulis, inilah gambar tangisan seorang pemimpin!,.. tangisan seorang pemimpin ulung satu ketika dulu. Mungkin kini dia baru sedar dosanya kepada raja-raja Melayu terlalu besar ! Dosanya kepada orang Melayu juga cukup besar. Dan dosanya memfitnah seorang insan bernama Anwar Ibrahim adalah teramat-amat besar ! Tak tertanggung rasanya !!    “Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa ku kerana akulah bapak segala perpecahan! ” – agaknya !

Tangisan ini benar-benar menggambarkan beliau telah menyesali di atas segala kesalahan dan kesilapannya selama ini!!  Sungguh-sungguh menyesal agaknya!  Tetapi cukupkah setakat menyesal saja? Bila nak berubah? Bila nak bertaubat?,  bila nak meminta ampun daripada  individu yang telah kau fitnah dan iniaya? 

Menurut firasat penulis,..MAHATHIR TIDAK AKAN  MEMINTA MAAF  jauh sekali bertaubat,  SELAGI BELIAU MASIH  HIDUP dan  MASIH MENJADI AHLI UMNO,..  MAHATHIR TIDAK AKAN BERUBAH SELAGI BELIAU MASIH BERFAHAMAN SEKULAR !!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan