Nama Dato’ Seri Shahrizat Jalil sekarang ini begitu panas ekoran isu NFC yang melibatkan suami dan batang hidungnya sendiri.
Semuanya gara-gara menyalahguna kuasa dan penyelewengan wang rakyat bernilai RM250 juta. Oleh kerana Shahrizat ialah menteri Umno, juga ketua wanita Umno maka kemana saja beliau mengesut punggong tercucuk duri. Beliau serba salah dan Umno semakin susah.
Umno sudahlah tinggal nyawa-nyawa ikan sekarang, kini ditimpa pula isu besar ! Samalah macam orang jatuh tertiarap, sakit dapat,..muka tersembam atas najis. Nasib Umno ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, atau macam telur dihujung tanduk! Semuanya ini bukan “malang” buat Umno tetapi ia satu kecelakaan. Kecelakaan ini pula bukan datang sendiri tetapi sengaja dicari!.
Maka secara zahirnya Umno sudahpun dikotori najis, tetapi yang lebih memeritkan ialah terdapatnya banyak kudis, kurap dan pekong di sana sini. Penyakit di badan Umno cukup kronik dan susah diubati ! Ada kemungkin besar Umno sudah dihinggapi virus HIV !
Tun Mahathir pernah berkata – “parti Umno kini sudah busuk sampai keusus” dan kalau mengikut istilah perubatan makna disebalik usus busuk itu ialah “kanser usus” Mengikut logik, usus yang sudah busuk amat sukar diubati melainkan dipotong. Biasanya orang yang mengidap penyakit ini akan berakhirlah hayatnya. Dengan kata lain,.. Umno sudah sampai kealam nazak,..Umno akan mati !!
Berbalik kepada soal perletakan jawatan menteri wanita ini,…bersihkah Umno jika beliau berundur? Berundur atau tidaknya Dato’ Seri Shahrizat, nasib Umno tetap sama. Umno hanya boleh bersih bila semua pemimpinnya bertaubat nasuha!. Umno hanya boleh bersih bila parti itu menggantikan dasar kebangsaannya kepada satu dasar yang lebih baik!
Selagi Umno dengan dasar kebangsaannya, dasar ketuanan Melayunya, .. dasar kami berkuasa, kami boleh buat apa suka, dasar “You help me, I help you, you give me, I give you” maka selagi itulah Umno akan ditolak..
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan