"Allah
pilih Umno untuk berkuasa. Umno dah diberi amanah… Apa yang dilakukan? Umno
buat pelbagai Islah (perubahan), keluarkan daripada penjajahan kepada
kemerdekaan yang lebih mulia, memuliakan Melayu, memberi identiti dan
meletakkan Islam di sisi Melayu," kata Reezal Merican di PAU
2012 kelmarin.
Lunak dan enak betul kata-kata mu wahai Reezal, walhal bohong belaka!! Lihat Melayu hari ini,, sama tinggikah taraf mereka dengan lain-lain bangsa terutama Cina? Muliakah bangsa Melayu dengan menjadi juara dalam penagihan dadah? zina dan buang anak?. Muliakah darjat Islam di Negara ini apabila pemimpin Umno sendiri bersama rakannya MCA memperlekeh Islam?
Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin yang menjadi amalan pemimpin Umno sejak dulu hingga sekarang. Susah benar mereka nak membuang tabiat buruk ini!!. Lebih malang kekadang si mamak atau Melayu yang tak berapa jelas Melayunya,, bercakap lebih Melayu dari orang Melayu sendiri, lebih Islam dari Islam sebenar !!! Lihatlah gambar diatas! Inikah yang dikatakan pemimpin Umno telah memertabatkan Islam?
Sedarlah duhai Reezal,.bahawa kali ini (PRU 13) Allah nak
beri kuasa itu pada PR pula, kerana
setelah diuji selama 55 tahun ternyata Umno gagal melaksanakan tanggung jawab
yang di amanahkan oleh rakyat.
Oleh : rahimothman