Mari kita dengar apa kata Datuk Seri Shahrizat Jalil
dalam ucapan penggulungannya di PAU 28
Nov.2012 semalam. Beliau menyelar portal
media yang dikatakan ‘pro pembangkang’ dan meminta mereka agar tidak menulis
dengan sesuka hati.
“Media
hari ini... Twitterlah, FBlah, saya dah belajar dah. Belum terlambat untuk
belajar. Media sosial ini ada kebaikan dan keburukan kerana tiada 'limit',
mereka mahu kata, mereka kata tanpa tanggungjawab. Tambah portal-portal ni.
Guna nama Malaysian… Betul?”
"Apa ni? Kamu guna perkataan Malaysian, ia perlu datang dengan bangga dan
maruah. Betul atau tidak? Janganlah, portal you (kamu) boleh nak kata saja
tanpa tanggungjawab. Mana boleh macam
tu, kamu yang nak perjuangkan demokrasi betul tak? Portal berita pro
pembangkang pun kena bersikap adil dalam profesyen kamu,” kata
Ketua Wanita Umno itu dalam ucapan penggulungannya.
Pemimpin Umno memang pandai bercakap pasal keadilan,
lebih-lebih lagi Shahrizat. Diri sendiri tak betul, nak nasihat orang lain,,
macam mana tu?. Lupakah Shahrizat apa
yang berlaku ke atas dirinya?
Tindakan JPN memberi ic mudah kepada pendatang asing
adilkah? SPR bertindak sesuka hati dalam proses pilihanraya adilkah?
Menyalahguna wang rakyat untuk projek lembu bernilai RM250juta itu adilkah? Sikap media kerajaan yang tidak memberi ruang
kepada pembangkang adilkah? Media
kerajaan berbohong dan kerap menekan pembangkang adilkah? Sudah lah kak Ijat!
Umno ibarat ketam yang sememangnya tak boleh berjalan betul lagi.
P/S : Shahrizat turut mengugut menggunakan senjata lama yang dah tumpul dan berkarat dengan berkata beliau sesungguhnya amat bimbang kalau Umno hilang kuasa. Menurutnya lagi kalau ini berlaku sudah tentu orang Umno akan tak puas hati, maka akan berulang lagi peristiwa 13 Mei 1969. Sudah,sudah lah tu Ijat! Cakap-cakap awak tu adalah satu ugutan dan penipuan ! Rakyat Malaysia tak kira Melayu Cina India dah bijak sekarang!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan