Sabtu, 3 November 2012

Umno yang berkuasa pun tak boleh buat apa !


inikan pula Hasan dengan JATI dan radio online nya!
 
Hasan akidah tubuh rangkaian TV, radio online
Lepas satu, satu,,, Dulu bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali tubuhkan JATI, kini melebarkan sayapnya dengan menubuhkan sebuah rangkaian televisyen dan radio online - IMR Network.  Menurut Hasan yang juga merupakan pengarah bagi IMR Network, rangkaian televisyen dan radio online itu bertujuan bagi memartabatkan institusi Islam, Melayu dan Raja.

Memertabatkan Islam, Melayu dan Raja? Kesiannya dia !  apakah Umno parti yang maha berkuasa, parti keramat orang Melayu dan parti ketuanan Melayu selama ini tak buat kerja?  Sedarlah wahai Hasan !  mike tu  hanya ada golok tumpul. Kalau nak harap gebang besar, lidah dan gusi saja baik tak payah!  
 
Itulah ,, masa ada sedikit kuasa dulu tak mahu guna dengan betul dan berhemah,  sekarang bila tah tak ada kuasa baru sibuk nak buat kerja itu dan ini. Kamu anggap semua orang tak buat kerja, kamu perasan kamu saja yang pandai buat kerja, walhal kamu hanya pandai bercakap,, tak lebih dari itu!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan