Isnin, 19 November 2012

Kita nak tukar sistem yang dah rosak,,, kata PR


“ Kita nak tukar sistem yang dah rosak yang masih dipakai oleh UmnoBn,  terutamanya amalan rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa"                                              Inilah kata-kata semangat yang sering diucap oleh pemimpin Pakatan Rakyat, terutama DS Anwar Ibrahim.  Kata-kata ini telah menaikkan semangat dan menimbulkan keinsafan yang meluap-luap di hati rakyat. Seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari berbagai kaum  memberi sambutan yang amat luar biasa di mana saja DS Anwar dan seluruh pemimpin Pakaran Rakyat mengadakan ceramah lebih-lebih lagi di Majlis Kembara Merdeka Rakyat.  Orang ramai amat teruja dengan perubahan yang mahu di bawa oleh PR.  

Ini pula kata-kata pemimpin UmnoBn,,,,,,,  “ Kita mesti pertahankan kuasa dan sistem yang ada, kerana sistem inilah yang telah memajukan rakyat dan Negara Malaysia sehingga hari ini,  maka seharusnya rakyat berterima kasih kepada kerajaan Bn ”
Kah, kah! kah!,  keh, keh!  keh !!!,,,,,,  Maju kepala hatuk mereka !! moral anak muda Melayu semakin rosak, pelajar university dihimpit dengan hutang, harga barang semakin naik dan terus naik,  hidup rakyat semakin sempit,  rasuah pemimpin semakin menjadi-jadi,  hutang Negara berada di paras bahaya !!  maju apa ke bendanya?   Kasihannn pemimpin UmnoBn,, rakyat nak diperbodohkan.  Mereka masih tak sedar yang rakyat dah sedar sekarang,, rakyat dah semakin bijak !  Tetapi Umno masih di dunia tempurungnya !!

Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan