Rujukan - http://paspb2.blogspot.com/2012/11/melayu-tukar-agama-ini-bukti-murtad.html Menurut Jamil Khir, 168
permohonan murtad diluluskan
Hebuh dan kecoh !! Memang isu ini sengaja disensasi dan
dipanaskan !! Pemimpin PKR, Nurul
Izzah, kononnya dalam satu kenyataan
beliau ada menyebut - Islam tidak
melarang umatnya memilih agama/ bebas beragama ! Apakah benar beliau ada membuat kenyataan
begini? Tak sabar-sabar pencacai Umno nak buat kecoh dan hebuh ! Siasatlah
dulu! Belum tentu benar atau
tidaknya! Kalaupun benar beliau ada
membuat kenyataan,, mungkin beliau tersasul dan tersilap ! Boleh
jadi juga kenyataannya cuba diputarbelit oleh media arus perdana yang selama
ini sentiasa mencari kesalahan pemimpin pembangkang !
Benar atau tidak kenyataan Nurul Izzah sepatutnya ia tak
menjadi isu. Ada perkara lain seharusnya kita ambil berat dan pertikaikan
! Lihat dibawah ini
Menurut satu laporan, Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan
untuk menukar status agama sejak tahun 2000 – 2010. Jamil Khir dalam jawapannya
berkata mengikut kementeriannya
menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama
islam telah diluluskan. Sila rujuk - http://paspb2.blogspot.com/2012/11/melayu-tukar-agama-ini-bukti-murtad.html
Wow! ramainya? Ini
salah siapa dan kerja siapa? Mustahil ini
kerja pemimpin DAP, PAS PKR atau kerja Nurul Izzah? Peminpin-pemimpin Umno tolong jawab!! Jangan asyik mencari dan mengintai tahi
hidung di lubang hidung orang lain, punggong sendiri dibiarkan bernajis!!
Oleh : rahimothman
Bab ugama bukan boleh senang dicakapkan waima ulamak besar sekali pun mesti berhati hati. Jika salah cepat-cepat tarik balik. Bukan semua dalam Islam itu mesti adil pada bukan Islam, contohnya-hendaklah kamu berkaseh sayang sesama kamu dan keras terhadap orang kafir. Jadi taklah semuanya -equal-
BalasPadam