Di Malaysia
untuk menjadi seorang Perdana Menteri bukan sekadar mesti menjadi ahli
parlimen tetapi yang lebih utama ialah individu itu
mesti,, 1.Beragama Islam, 2.Dipilih dan disukai majoriti rakyat, 3.Berintegriti - amanah, jujur dan ‘adil,
(tidak rasuah & tidak menyalahguna kuasa)
Ahli Majlis Tertinggi Umno (dulu menteri kanan), Tan Sri Syed Hamid Albar baru-baru ini mendakwa jawatan Perdana Menteri tidak layak disandang oleh sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurutnya, kedua-dua pemimpin yang disenaraikan Pakatan Rakyat (PR) itu tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan layak menjadi Perdana Menteri.
Ciri-ciri macam mana agaknya yang dia mahu ya? Apakah kedua-dua pemimpin pembangkang itu tidak menepati 3 prasyarat diatas? Justeru sehubungan itu harap dapatlah Tan Sri sebutkan satu dua nama pemimpin Umno di peringkat pusat atau negeri yang menepati 3 perkara diatas! Kalau ada tolong highlightkan namanya sepertimana Pakatan Rakyat buat terhadap Anwar.
Masih adakah calun PM – yang kerjanya menipu dan khianat sehebat Mahathir? Akan adalah calun PM yang bengap dan penakut sehebat Najib? Akan munculkah lagi bakal PM yang lembik dan lembam sehebat Pak Lah? Barangkali dari kacamata Syed Hamid , siapa yang pandai memperalatkan jenama Melayu, dan ada ciri-ciri kesyaitanan dialah yang layak jadi PM. Ini bertepatan sekali dengan kenyataan Tun Mahathir yang berbunyi,,, “Syaitan yang yang dikenali (UMNO)” lebih baik baik dari “Malaikat yang tak dikenali (PR) ” Justeru tak ada peliknya Syed Hamid Albar berkata orang baik dan bersih seperti Hadi dan Anwar tak layak jadi PM
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan