Ekoran kenyataan Nurul Izzah AP Lembah Pantai yang berkata bahawa rakyat Melaysia bebas memilih
agama dan tiada paksaan dalam beragama,, kemudian dengan sengaja telah diputarbelit
oleh Utusan baru-baru ini,, maka melatahlah TPM Tan Sri Muyiddin,, Nak tumpang
semangkoklah konon!! , Dengan riaknya
Muhyiddin mencabar TG Nik Aziz agar berani menegur dan menyatakan pendirian
berhubung kenyataan rakan sekutu Nik Aziz dari PKR itu.
Untuk pengetahuan Tan Sri,, pendapat, pendirian dan nasihat TG Nik Aziz
untuk mesyarakat umum dalam satu-satu isu rasanya sudah terlalu banyak! Nik Aziz tidak pernah kedekut dengan pandangan
dan ilmunya, Ramai yang mendatanginya semata-mata untuk mendapatkan nasihat dan
pandangan dari sudut agama berhubung sesuatu isu. Ini termasuk bekas pemimpin Umno sendiri,, cuma
Tan Sri saja yang tak ambil kisah.
Berbalik kepada isu “kenyataan Nurul Izzah” Kalau ikutkan
Nik Aziz,,, beliau mengatakan isu ini tak perlu dikomen kerana Utusan sudah
terkenal didunia bahawa mereka adalah akhbar pembohong, putar alam dan memegang rekod banyak kali kalah dalam tuntutan di mahkamah!
TPM – sila cermin muka dulu! Sudah banyak kali kita dapat melihat di
majalah-majalah mahupun di dalam blog, betapa seksi dan terdedahnya cara
berpakaian dan penampilan anak TPM kita. Pernahkah Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur
anak gadisnya cara berpakaian sopan yang
menepati ciri-ciri seorang muslimah? Kalau belum eloklah Tan Sri buat yang itu dulu
!! dan setelah berjaya mengubah
penampilan anak, bolehlah menegur orang lain termasuk TG Nik Aziz !!
Oleh : rahimothman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan