Sabtu, 3 November 2012

RM 40 juta : Siasat!, jangan tak siasat !!


Isu skandal wang RM40 juta atau penggubahan wang haram yang melibatkan usahawan balak Sabah Michael Chia telah menimbulkan banyak keraguan dan persoalan.  Terutama apabila salah seorang menteri kanan,  Dato’ Seri Nazri Aziz bersungguh-sungguh mempertahankan Michael Chia. Melalui beberapa kenyataan yang dibuat oleh Nazri beliau seperti cuba melindungi Michael Chia. Lagi pun khabarnya Michael Chia telah membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz). Maka tidak mustahil ia seolah-olah ada unsur-unsur rasuah yang mungkin melibatkan keduanya.

Berbalik kepada soal wang RM40 juta. Persoalan pertama ialah kepada siapa wang itu ditujukan, sama ada untuk Umno Sabah, untuk Ketua Menteri Sabah atau pun untuk individu yang bernama  Musa Aman, SPRM perlu menyiasatnya dengan kadar  segera !  Persoalan kedua ialah kewujudan wang itu sama ada sah di sisi undang-undang, halal atau sebaliknya? Pesoalan ketiga,, apa kaitan RM40 juta itu dengan menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazti Aziz  Orang ramai pasti nak tahu !  Siasat, jangan tak siasat!!

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan