Akhir-akhir ini orang ramai dah mula sibuk bercakap pasal
siapa layak jadi PM?. Maknanya seluruh rakyat Malaysia kini sedang
ternanti-nanti siapa yang benar-benar layak. Ini menggambarkan Najib yang berkuasa hari ini seolah-olah
tidak layak? atau hanya bertaraf pemangku? Kebetulan Najib anak bangsawan Pahang
ini belum dapat sebarang mandat dari PRU
(Pilihan Raya Umum). Mandat yang dipegang nya hari ini ialah mandat Abdullah
Badawi.
Justeru,, siapa yang paling layak jadi PM? Sudah
tentu rakyat mengharapkan seorang insan
yang benar- benar jujur, ikhlas, adil dan berjiwa rakyat untuk menjadi pemimpin
No.1 negara,, bukan seperti Najib,anak bangsawan yang lembik
dan penakut, bukan Muhyiddin, bukan Zahid Hamidi, bukan Hishamudin Tun
Husien. Bahkan Ibrahim Ali dan Hasan Ali juga bukan
! Zulkifli Nordin? Jauh panggang dari apai ! Cukuplah sekadar berangan Mat Jenin.
Setelah teman lihat,
kaji dan telek, tak ada satu pun pemimpin
Umno diperingkat negeri dan pusat yang masih bersih – berintegriti jauh
sekali. Kebanyakannya bersalut dengan
politik wang, politik kroni, rasuah dan
seribu satu macam sifat buruk. Nak cari
pemimpin Umno sebersih Nik Aziz, Haji Hadi, atau kebanyakan pemimpin PAS, round
satu Negara pun takkan jumpa. Nak dapat pemimpin Melayu berkarisma sehebat ketua pembangkang juga amat payah.
Jadi buat masa ini siapa yang layak? Sudah tentu DS Anwar Ibrahim seorang anak
Melayu yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri tetapi dikhianati
dan difitnah. Kenapa beliau layak? Kerana sudah terbukti beliau seorang yang
berani, tegas, adil dan ikhlas dalam perjuangan. Beliau juga merupakan seorang insan yang tidak lupa dengan agamanya, bahkan alim
ulamak adalah menjadi sumber rujukannya. Rakyat melihatnya bukan saja dengan
mata, tetapi dengan matahati dan hatibudi! Seburuk manapun Anwar digambarkan oleh Umno,
namun di matahati rakyat Malaysia, tak kira apa bangsa Anwar tetap baik dan
bersih dari rasuah, sebab itu dia
menjadi pilihan rakyat!!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan