1. Umno itu Melayu, Melayu
itu Umno. Kenyataan ini tidak benar,
ia satu penipuan terhadap orang Melayu dan masyarakat dunia. Terbukti sudah,
bahawa ramai ahli Umno hari ini bukanlah Melayu.
2. Melayu itu Islam,, Islam
itu Melayu. Ini
juga kenyataan yang tidak benar, ia satu
penipuan yang boleh mengelirukan orang Melayu sendiri dan masyarakat umum. Di
sini Umno seolah-olah memaksa orang Melayu agar menganggap diri mereka sangat
mulia di sisi Islam. Islam seolah-olah milik orang Melayu.
3. Hanya Umno parti yang
memperjuangkan nasib orang Melayu. Ini satu
lagi penipuan - sebab Umno bukanlah
parti tunggal orang Melayu. Kalau benar Umno perjuangkan Melayu kenapa Kelantan
yang 90% penduduknya Melayu, Umno sekat segala hak atau bantuan yang sepatutnya
mereka terima? Seperkara lagi,, hari
ini banyak hak dan keistimewaan orang Melayu sudah digadai oleh Umno. Orang
Melayu kini sudah sedar bahawa Umno sebenarnya bukanlah pembela tetapi pengkhianat
bangsa.
4. Hanya Umno parti yang
memperjuangkan agama Islam. Kalau
Umno perjuangkan Islam kenapa PAS yang sememangnya memperjuangkan Islam Umno musuhi?
Sah !
Umno nak menipu orang Melayu lagi, kerana selama ini pun hukum hakam
Islam Umno tak berapa nak ikut,, mungkin separuh ikut, separuh lagi tidak, tak
kurang juga hukum-hukum Islam yang di langgar. Apabila ada pemimpin MCA menghina Islam, Umno diam.
Lebih malang, kadang-kadang Umno menyokong cemuhan dan hinaan yang dilemparkan terhadap agama mereka sendiri
(Islam).
5. Melayu adalah tuan di
Negara ini ! Ketuanan Melayu mesti dipertahankan. Ternyata “Ketuanan Melayu”
adalah satu ungkapan atau slogan yang amat karut lagi haprak ! Ia ibarat keris makan tuan. Rupa-rupanya
Umno yang meletakkan Melayu sebagai “Tuan” dinegara ini telah memberikan kesan
yang sangat buruk terhadap bangsa Melayu. Dengan bersikap “tuan” lah sedikit
sebanyak menyebabkan Melayu menjadi malas dan mundur dalam banyak bidang,
terutama akademik dan ekonomi.
6. Hanya Umno parti yang
membela dan mempertahankan kedudukan Raja2.
Ini pun satu kenyataan
menipu, Umno hanya berpura-pura
sayangkan Raja, hakikat sebenar mereka nak berselindung dicelah ketiak Raja
agar dapat mengekalkan kuasa. Pada 1994 bukankah Umno pernah menarik kuasa
Raja2 dan pada suatu ketika bukankah Umno pernah
cuba menggulingkan Sultan Kelantan? Kalau dilihat kembali sudah terlalu banyak
perbuatan derhaka atau provokasi derhaka dibuat oleh Umno terhadap Raja!
Inilah sebahagian kalimah-kalimah keramat parti Umno, yang cukup popular sejak dulu kini dan selamanya. Sedar atau tidak rupa-rupanya Umno telah mengkhianati ungkapan keramat ini. Yang dibuat tak serupa apa yang diucap, maka inilah bahananya, Umno mendapat ketulahan! Maruah Umno semakin buruk, semakin tercemar,, jasadnya pula semakin reput,, menunggu saat untuk dikuburkan !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan