Lihat video - http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/11/yusof-nor-pas-zalimi-umno-dengan-doa.html
Umno banyak membantu rakyat dan PAS tidak dizalimi oleh
Umno, maka amat tidak wajar PAS mendoa’kan agar Allah hancurkan Umno,,, kata bekas menteri Umno yang pernah bergelar
ulamak Umno,, namanya Yusuf Nor..
Nak kata Umno tidak pernah menzalimi PAS ia memang satu
pembohongan. Ketika PAS berada di dalam BN mahupun ketika di luar BN, kezaliman
Umno terhadap PAS memang berlaku sama ada dengan nyata atau tidak nyata,,
secara terang atau muslihat.
Berbalik kepada isu doa… Rasanya pihak yang berdoa tidak
pun menyebut yang Umno telah menzalimi PAS,,, yang disebut ialah Umno telah
menzalimi rakyat. Yusuf Nor jangan
pura-pura tak faham atau cuba
melencongkan fakta.
Nampaknya beliau ni walaupun sudah bersara dari kabinet
dan politik, semangat Umno masih berkarat hijau, masih tak insaf,,, Jauh sekali untuk mengikut jejak Tamrin Tun
Ghafar, Kadir Sheikh Fadzir, Aspan
Alias, Mohd.Ariff Sabri Aziz
(bekas orang kuat Najib) dan yang lain-lain yang telah lari keluar
dari tong najis. Terlalu ramai sebenarnya cabut lari meninggalkan Umno selepas
mengenali hakikat sebenar bahawa Umno sudah terlalu menyimpang dan sonsang
dalam perjuangan mereka. Umno telah mengkhianati bangsa Melayu dan agama mereka
sendiri yakni Islam
Oleh : rahimothma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan