Sabtu, 17 November 2012
Khairy sudah kehabisan modal
Sama seperti pemimpin Umno lain, Khairy Jamaludin turut membuat kenyataan-kenyataan basi terhadap PAS. Parti PAS katanya semakin gila kuasa apabila sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang demi memenuhi tuntutan nafsu untuk berkuasa.
Menurutnya lagi PAS sanggup bersekongkol dengan PKR dan DAP serta mengetepikan isu lebih besar yang ditimbulkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar. Hoi Khairy,! Nurul Izzah bukan budak hingusan macam kebanyakan pemuda Umno! Isu yang lebih besar ialah Umno dah nazak, bukan isu Nurul Izzah atau PAS nak berkuasa! Sepatutnya kamu kumpulkan orang ramai untuk bacaan Yassin, mana tahu kut-kut Umno boleh pulih!!. Wahai Khairi Jamaludin ketua Pemuda Umno yang semakin lesu dan tak laku!! Carilah idea-idea yang bernas kalau nak berhujah atau jadikan isu. Kalau bercakap benda-benda yang dah lapuk dan berkulat, samalah macam menghidangkan tetamu dengan makanan basi. Jangan hipokritlah Khairy! Lupakah kamu bahawa persekongkolan kamu dengan MCA, MIC juga penuh dengan kepura-puraan? Masing-masing ada agensa sendiri, termasuk agenda mengkayakan kroni? Lagi satu,, kalau parti kamu kata DAP menentang Islam, pernahkah kamu dengar DAP menghina Islam sebagaimana pemimpin-pemimpin MCA yang terang-terang menghina Islam? Ketika mereka membuli dan menghina Islam, dimana suara kamu? Dimana suara orang Umno?
Kamu kata PAS gila kuasa! Tak apalah kamu tuduh PAS gila kuasa, asalkan kuasa yang diperolehi digunakan untuk kebaikan ummah, bukan untuk mengikis harta negara dan rakyat sebagaimana UmnoBn. Biar gila kuasa jangan gila talak. Gila talak ni semua orang tahu,,, bila bini sudah tercerai sesalnya tak sudah. Begitulah juga dengan UmnoBn yang sudah kehilangan Kelantan dan Kedah, dan insyaAllah Putrajaya akan menyusul!! Ketika itu nanti Khairy dan Umno bukan saja gila talak tetapi gila meroyan !
Oleh : rahimothman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan