Isnin, 12 November 2012

Antara Utusan, Umno, siapa bodohkan siapa?


Dalam banyak kes atau isu yang mengaitkan parti pembangkang, Utusan adalah media yang paling pantas mengulas dan mengolahnya untuk menjadi berita panas. Tugas paling utama mereka ialah memulas atau “spin” berita itu, sehinggakan ada cerita yang benar menjadi palsu, palsu menjadi benar,  perkara yang lurus menjadi bengkok, dan yang jelas menjadi kabur.  
 
Dan yang paling malang ialah cerita fitnah cuba ditulinkan, kemudian disebar untuk santapan rakyat, ini termasuk kisah-kisah seks dan lucah. Kesahihan sumber berita tidak penting,,  maruah agama, maruah bangsa dan budaya tidak lagi menjadi perkiraan mereka, sebab nawaitu mereka ialah untuk menelanjangkan pembangkang.  Bagi mereka setiap yang baik dari pembangkang, walaupun setitik ia mesti dicemarkan! Itulah dasar dan prinsip yang dipegang oleh media bernama “Utusan Meloya”

Segelintir Melayu yang masih bernaung di bawah mazhab Umno atau menjadi penyokong tegar Umno adalah pembaca tetap Utusan Meloya. Mereka ini lah gulungan Melayu yang bodoh sombong, memandang dunia dengan mata separuh tertutup, menilai dengan hidung dan telinga, otak diletak di kepala lutut.  Syukur, masih terlalu ramai umat Melayu yang mindanya luas terbuka,, mereka ini berlumpa-lumba lari meninggalkan Umno dan menjauhkan diri dari Utusan!   Tetapi malang,, Umno Utusan masih tak sedar diri,  bahkan kebodohan mereka masih menebal.

Hari-hari Umno dan Utusan begitu ghairah memainkan isu kenyataan Nurul Izzah tentang kebebasan beragama. Kenytataan Izzah sebenarnya sengaja diputar. Terbaru mantan PM yang sudah separuh nyanyuk pun turut lantang memberi komen. Walhal apa yang Ahli Parlimen Lembah Pantai itu nyatakan adalah kebenaran dan berteraskan undang-undang.  Yang buat undang-undang bukan  PKR, PAS atau DAP,  tetapi UMNO sendiri. Yang personal dan cuba memutarbelitkannya juga UMNO. Jadi siapa yang bodoh? Terbukti UMNO dan Utusan  memperbodohkan diri sendiri dan memperbodohkan satu sama lain.Sejak dulu, kini dan selamanya mereka tak pernah sedar dan tak pernah mahu belajar

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan