Jumaat, 23 November 2012

Berdoa’ mohon Allah hancurkan penzalim pun salah?


Nak bercakap dalam TV untuk membela diri atau bercakap soal dasar parti kamu tak kasi,,  TV kamu jadikan macam hak milik kamu sendiri,,  kamu pulun cukup-cukup! .  Hari-hari kamu kutuk PAS,  hari-hari kamu fitnah pembangkang.   Nak guna akhbar arus perdana,  juga kamu sekat.  Sama macam TV, kamu guna akhbar untuk parti kamu saja,, Kamu cerita yang buruk-buruk tentang pembangkang dan apabila pembangkang hendak memberi  penjelasan kamu halang. .  Kebenaran yang mahu di ketengahkan oleh pembangkang kamu sembunyikan!  Sikap monopoli kamu ini benar-benar menggambarkan sikap tamak, busuk hati dan berniat jahat.   

Apa lagi jalan yang kami ada untuk meminta?   Akhirnya kami meminta dengan Allah!,   kami himpunkan seluruh rakyat untuk solat hajat dan berdoa ! agar penzalim dihancurkan!! Takkan yang ini pun kamu nak marah?  Kalau sudah makan cili terima sajalah pedasnya !    

Barangkali kalau media bersikap adil, bebas dan berkecuali, orang PAS tak payah turun padang,   tak perlu buat ceramah hari-hari.  Orang PAS tak perlu himpunkan umat Islam untuk bersolat hajat !!
Oleh : rahimothman


Tiada ulasan:

Catat Ulasan