Rabu, 21 November 2012

Fitnah yang lama dah berkulat, fitnah baru datang lagi,,,


Rakyat sudah lali dengan segala tuduhan yang dilempar oleh Umno  terhadap DS Anwar.   Anwar ejen Yahudi, Anwar kaki liwat,  Anwar kaki zina,  Anwar kuda tunggangan DAP,  Anwar  rakan baik Soros,  Anwar pengkhianat bangsa,  Anwar nak jual Negara  dsbnya. 

Menjelang PRU 13 yang semakin dekat,  ini dakwaan dan fitnah terbaru buat Anwar dengan harapan orang ramai mempercayainya. Anwar didakwa kononnya mahu  jadikan Islam di Malaysia ini Islam liberalisma.  

Dan kenyataan Nurul Izzah “tiada paksaan dalam agama” yang diputarbelit  oleh media Umno baru-baru ini mereka harap boleh menyokong dakwaan mereka. Apa-apa pun Alhamdulillah, rakyat Malaysia yang sihat akal,  masih tenang dan dapat berfikir dengan waras. Dakwaan itu mereka anggap tidak lebih seperti cerita penglipur lara.    .  
 
Realitinya,,, apa yang lebih menarik perhatian rakyat ialah  kesedaran dan perubahan drastik yang mahu dibawa oleh Anwar bersama PR.  Wabak rasuah dan penyelewengan kuasa mahu dihapuskan, budaya mengkayakan kroni mahu dibuang jauh-jauh dari bumi Malaysia. Nasib rakyat mahu dibela,, keadilan mahu ditegakkan!,  ini yang rakyat mahu,,, dan nampaknya hasil penat lelah Anwar menjelajah ke setiap pelusuk bumi Malaysia,,  akhirnya berbaloi!.   Rakyat faham,  bahawa niat Anwar untuk membawa rakyat keluar dari belenggu dan cengkaman rejim UmnoBn  jauh lebih bermakna !  lebih realistik!  Namun jangan hairan dan terkejut kalau selepas ini ada lagi cerita bohong yang karut marut tentang Anwar.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan