Rabu, 14 November 2012

GILA KUASA, GILA GLAMOUR, BOROS DAN BIADAP

Empat perkara ini milik siapa ?

Gila kuasa? Rakyat dah tahu!, gila glamour? Rakyat dah faham! Sikap borosnya? Rakyat dah cukup mengerti!  Sikap biadapnya?  Juga orang ramai dah tahu!!  Biadap atau tak tutup aurat ketika di masjid, kita dah tengok,  dedahkan separuh aurat ketika baca kitab suci AlQuran, kita dah lihat! Berdakap pipi dengan lelaki bukan muhrim, kita dah tonton,,,  dan yang terbaru – biadap semasa di majlis Resepsi pertama perkahwinan DATOK  LEE CHONG WEI  gambarnya sudah tersebar luas ! . Kasihan Mei Choo !!  Beliau seolah-olah cuba dipisahkan oleh pengganggu yang tak tahu malu dan tak tahu adab. 
 
Hak Lee Chong Wei dan Wong Mei Choo sebagai Raja Sehari telah dirobek!!
Adakah patut wanita yang mengaku “firstlady” ini duduk ditengah-tengah dua pengantin? Memang tidak patut dan amat tidak wajar!!   kerana ini seolah-olah dia yang bersanding dengan Chong Wei.  Dua pengantin semestinya duduk bersebelahan (bersanding) Itu baru dikatakan Raja Sehari,, kalau ada pengacau ditengah-tengah maka rosaklah kemesraan, kemegahan dan kemuliaan Raja Sehari !! Sama ada Chong Wei rela atau tidak, itu bukan persoalan, tetapi apa yang dilakukan oleh wanita ini tak salah kalau dikatakan ia satu perbuatan tidak sopan atau biadap!

Agaknya sebab itulah dia memilih untuk tidak hadir di majlis resepsi hari pertama yang mana ia dihadiri oleh ramai VVIP termasuk suaminya Najib!  Rupa-rupanya hadir dihari kedua memberinya lebih peluang untuk melakukan perbuatan tersebut. Perasan dan berbangga sungguh agaknya dia!   Dengan muka selambe menempek ditengah-tengah dua pengantin. Inilah bahananya kalau terlalu gila glamour,, sanggup melanggar adat dan adab !!  Kalau Najib tak berani tegur gelagat dan tingkah-lakunya,, kita rakyat Malaysia boleh melakukan!  Empat perkara negatif di atas boleh kita kuburkan dengan menolak BN dan menyokong PR !    
Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan