Sumber : Shalehudin
KOTA BHARU: Para wartawan diminta
bertanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak siapakah orang yang
bernama Deepak (Jaikishan) dan Kenneth Eswaran jika benar beliau perjuangkan
Melayu.
"Kalau dia pemimpin Melayu, dia kena
terang siapakah dua manusia yang mengelilingi kehidupan beliau,"
kata Dr Hairudin Abdul Malik, perwakilan Tambun. Beliau berkata demikian ketika membahaskan
usul yang dibentangkan oleh PAS Pusat berhubung dengan pengkhianatan parti itu
kepada orang Melayu ketika bercakap Pakatan akan mengkhianati Melayu jika
menang nanti.
Siasatan Harakahdaily melalui Google mendapati, kedua-dua nama ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Najib khasnya isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor. Deepak (gambar) dalam satu sidang medianya memberitahu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor umpama kakak kepada beliau. "Saya kenal (Rosmah), saya anggap dia seperti seorang kakak. Tetapi dalam perniagaan permaidani, sekali sekala dia akan telefon dan dia mahu bercakap mengenai perkembangan yang berlaku di sekitar kota... Itu sahaja. "Dia seorang yang baik. Jika anda mengenal dia secara peribadi, dia seorang yang baik," kata Deepak lagi.

Katanya lagi, beliau mula mengenali Rosmah apabila wanita
itu mula mengunjungi kedai permaidani milik keluarganya di pusat bandar Kuala
Lumpur "sekitar enam atau tujuh tahun lalu. Daripada itu kami membentuk hubungan
dengan (keluarga Rosmah). Kadang kala mereka memperkenalkan kami (untuk peluang
perniagaan). Kadang kala kita mahu buat sesuatu projek, mereka berikan
surat rujukan kepada kami. (Apabila) kerja dijalankan dengan baik, mereka
berikan surat juga," katanya lagi.
Datuk Kenneth Eswaran (gambar) pula
adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak dalam urusan pribadinya
termasuk menghubungkannya dengan bomoh dari India. Laman web The Malaysian Insider melaporkan, K
Eswaran juga sorang ahli perniagaan yang berada di belakang stesen TV berbayar
baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di bawah syarikat Nilamas
Corporation Sdn Bhd.
Syarikat ini akan membelanjakan sehingga RM2 bilion dan akan melancarkan Asian Broadcasting Network Sdn Bhd, jenama TV berbayar baru. "Dia mendapat semua ini kerana hubungannya dengan keluarga Najib khasnya 'wanita pertama', Rosmah mansor," kata satu sumber kepada laman web itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan