Tak ada masa nak ambil tahu hal anak bini atau sengaja nak beri kebebasan dan kemewahan?
“Saya
tak tahu tentang NFC, saya tak tahu bisnes apa yang suami dan anak saya buat” kata
Shahrizat berhubung isu NFC yang melibatkan keluarganya. Kah, kah, kah, tak masuk akal langsung, kalau
bisnes apa yang suami dan anak buat,
isteri atau ibu tak tahu! Ini
tak bertanggung jawab namanya. Kalau dengan keluarga sendiri pun tak mahu ambil
tahu dan laksanakan tanggung jawab, apa yang boleh diharap khidmat mereka kepada
rakyat?,, Dah tentu hancur!!!
“ Saya tidak tahu, Saya tidak tidur dengan anak saya, Saya bukan
gay lagipun anak saya bukannya isteri saya, bukan kekasih saya. Apa yang dia
lakukan dia tidak pernah beritahu kepada saya.” kata Nazri Tan Sri Aziz berhubung dengan isu anaknya
menggunakan kereta jenis Hummer milik Micheal Chia yang pernah ditahan di Hong
Kong kerana menyeludup RM40 Juta tunai suatu masa dulu. Hai !! kereta
mewah menjalar pergi balik depan mata pun buat tak tahu je? Tidak tergerakkah
hati nak bertanya dari mana datang dan
siapa pemiliknya? sebab harganya bukan calang-calang,,,
hampir RM500K..
Beginilah sibuknya pemimpin
Umno ye? Si Shahrizat selaku menteri
wanita keluarga dan masyarakat tak ambil
tahu hal anak dan suami manakala Nazri Aziz menteri dalam negeri pula tak mahu
ambil tahu hal anak, kerana anak bukan isteri,,
katanya ! Dunia, dunia,.. ini
bukan tak mahu ambil tahu, tetapi terlalu ambil tahu !! terlalu sayangkan
keluarga ! Bila isu dipertikai, keadaan
dah terdesak, maka terpaksalah cakap yang mereka tidak tahu dan sebagainya
! Faham faham lah ! nak hidup!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan