Umno dan PERKASA
adalah musuh PAS,, Bekas pemimpin PAS juga adalah musuh PAS. Baru-baru ini, Dr Hasan
Ali alJATI dan Uztaz Nakhaei yang sekian lama menjadi keldai Umno serta Ibrahim Ali presiden PERKASA berkokok
lagi. Mereka mahu Nik Aziz berundur,
kononnya Nik Aziz dah tua, tak mampu buat kerja dan makan gaji buta,,
lebih baik lepaskan jawatan kepada orang lebih muda,,, kata mereka. Kah, kah, kah! itulah
tahap keberanian mereka ! Nak tegur
kebobrokan Najib lansung mereka tak berani !
Kasihan pulak teman tengok dua tiga ekor musang ini! Tindakan mereka ibarat bibir tak mancung gigi
tersorong-sorong ! Samalah macam musang
nak mintak jaga reban ayam!! Apa-apa pun
TG Nik Aziz tetap dianggap oleh rakyat Kelantan dan masyarakat Islam ‘amnya
sebagai seorang pemimpin yang berintergriti dan berkredibiliti. Semakin Nik Aziz difitnah dan
diperlekeh semakin tinggi pula darjatnya !!
Lagi tinggi darjat pemimpin, semakin tinggilah daulah parti PAS itu
sendiri, namun Umno tak faham-faham,, masih meneruskan kejian dan tohmahan!
Dalam sibuk menyindir Umno ciplak idea Nik Aziz
Tuan Guru Nik Aziz bukanlah seperti
bekas pemimpin PAS Dato’ Asri Muda atau Ustaz Nakhaei, bukan juga seperti Dr
Hasan Ali mahupun Ustaz Nasha yang mudah digula-gulakan oleh Umno. Nik Aziz seorang pemimpin yang jujur, bijak dan berani,pemimpin yang tegas
dan kukuh pendirian! Perjuangan Islamnya tidak pernah longgar dan luntur
sedikitpun. Sesungguhnya pengaruh dan
kekuatan TG Nik Aziz masih kukuh dan konsisten. TG Nik Aziz sendiri nampak masih yakin dan
mampu meneruskan khidmat. Orang ramai khasnya rakyat Kelantan masih mahukannya.
Masyarakat Islam termasuk bukan Islam, sama ada di Kelantan mahupun di luar Kelantan
amat menyenangi TG Nik Aziz. Kalaupun
kudratnya tidak sehebat orang muda, tetapi idea dan buah fikiranya yang cukup
bernas masih diperlukan! Ini yang amat
ditakuti dan tidak disenangi oleh Umno. Tentu kita masih ingat, dalam sibuk
menyindir dan memperlekeh Nik Aziz, Umno
telah meniru atau copy paste idea Nik
Aziz. Misalnya pembinaan rumah tiga bilik,
berkerja lima hari seminggu, cuti dua bulan untuk isteri bersalin,
penggunaan dinar dan sebagainya. Umno
usah kata nak berterima kasih, sebaliknya terus riak dan bongkak!!
Oleh : rahimothman
tuan blogger,
BalasPadammohon link sama, http://libanglibu.blogspot.com/
t/kaseh.
saya juge...http://telokbakong.blogspot.com/...hi..hi..jangan marah..
BalasPadam