Sejarah gelap dan usang antara
DAP dan PAS sudah berlalu ! Kekerasan
hati pemimpin dalam mempertahankan ideology parti masing-masing sudah bertukar
menjadi lembut dan lunak. Tidak keterlaluan kalau dikatakan hubungan dan persefahaman baik antara PAS dan DAP
dari putik kini sudah menjadi buah!
Terbukti, hubungan baik ini telah banyak mereda dan menipiskan perasaan perkauman antara Melayu
dan Cina, malahan mencetuskan suasana
politik yang lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan
Pakatan Rakyat. Mungkin semua ini berkat kesabaran dan kesungguhan pimpnan PAS
dan DAP.
Tak kurang penting juga ialah paranan yang dimainkan oleh DS Anwar
Ibrahim, ketua Umum PKR, maka dua parti yang berlainan ideology ini dapat membulatkan tekad dan
matlamat untuk membawa Malaysia ke era Malaysia Baru bersama Parti Keadilan
Rakyat.
Mengimbau kembali “Operasi
Lalang 1987” dimana Mahathir melakukan operasi besar-besaran menangkap ramai
pemimpin pembangkang, menjadikan
pemimpin PAS dan DAP semakin kuat untuk bersatu. Ditambah dengan satu lagi
kerja jahat Mahathir, iaitu memfitnah, memecat dan mengkhianati DS Anwar
Ibrahim, rupa-rupanya Allah nak memberitahu ada hikmah besar disebalik semua
kejadian. Syukur Alhamdulillah! bermula dengan
gelombang refomasi yang dicetuskan oleh Anwar, Malaysia sedang menuju kezaman
pembaharuan.
Hari ini banyak perkara-perkara
positif telah berlaku. PAS dan DAP tidak
lagi berprasangka buruk antara satu sama lain. Hubungan erat dikalangan
pembangkang yang diikat bersama oleh PKR ini menjadikan perpaduan dan ikatan
persefahaman dalam Pakatan Rakyat amat membanggakan! Provokasi dan tiupan api perkauman yang sering
dimainkan oleh Umno menjadi semakin sejuk dan tidak laku lagi! UMNO, MCA MIC parti yang megah dengan
identity kaum masing-masing semakin terpinggir. SELAMAT MAJU JAYA PAKATAN RAKYAT !!
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan