Panas! dan sedikit hebuh dalam seminggu dua ini
kerana ada cerita mendakwa M Nasir
kononnya telah menjadi penyanyi kepada
lagu rasmi PKR iaitu Panji Keadilan.. Hebuh dan kecuh ini
menjadi-jadi apabila blogger –blogger pengampu Umno, tiba-tiba saja ghairah memainkan isu ini..
Kalau ye pun M.Nasir menyanyikan lagu parti keadilan itu apa
salahnya? Seandainya dia menyokong parti
tersebut pun apa dosanya ? Umno tidak
berhak mencucuk hidung rakyat Malaysia seperti lembu ! Semua rakyat Malaysia berhak menyokong atau menganggotai
mana-mana parti politik di negara ini. Dan kalau Umno merasa partinya sudah tidak
digemari, tentu ada sebabnya ! Baikilah diri!, perbetulkan yang salah, jangan
salahkan yang salah,, kemudian terserah pada orang ramai untuk menyokong atau
tidak.
Ada diantara blogger pengampu Umno
ini marah sangat dengan M Nasir. M.Nasir yang berasal dari Singapura itu
dikatakan tidak mengenang budi,,,di
sebalik anugerah kerakyatan Malaysia yang diterimanya,,, kata mereka. Wahai pencacai Umno !! sedarlah dan jangan jadi bangang ! Yang bagi anugerah ialah kerajaan Malaysia,
bukan Umno !
Jadi M Nasir tidak perlu gusar kalau
ada cemuhan atau ugutan dari penyokong fanatik Umno. M.Nasir hanya perlu memberikan ketaatannya
kepada kerajaan Malaysia. Untuk tidak menyokong parti Umno adalah haknya dan untuk menyokong Pakatan Rakyat juga
adalah haknya. Parti Keadilan Rakyat
yang berada dalam barisan pembangkang adalah sebahagian dari kerajaan
Malaysia, yang sifatnya sebagai penegur
agar kerajaan tidak terus curang dan menyalahguna kuasa. Jadi siapa-siapa yang
bakal menerajui kerajaan persekutuan di Putrajaya amat wajar disokong oleh
setiap rakyat Malaysia termasuk Artis (M.Nasir)
Ada juga blogger pro Umno tersebut yang mendakwa M.Nasir
manusia yang tak sedar dik untung. Mereka
kesal sangat kerana M.Nasir bersekongkol dengan Pakatan laknatullah
(Pakatan Rakyat) Amboi,, senangnya dia berkata Pakatan Rakyat sebuah parti laknatullah. Dia
lupa yang UMNO seratus kali lebih dilaknati Alah. Bekas PM Tun Mahathir pernah
hina Islam,, begitu juga Najib dan ramai lagi. Sebutkan tarikh, bila pula DS
Anwar pemimpin Pakatan pernah hina Islam.
Jadi parti mana yang seharusnya Allah laknati? Kalian fikirlah
sendiri, kemudian kalau tak sanggup nak
mengaku, lebih baik terjun longkang!
Kepada blogger pro Umno yang setaraf dengan pencacai najis. bukalah mata kalian luas-luas,, ini Negara
demokrasi dan oleh
kerana demokrasi masih diamalkan, maka
setiap rakyat termasuk artis adalah bebas untuk menyokong mana-mana
parti politik.. Jadi kalau kalian mahu semua artis hanya menyanyikan lagu
menyokong UmnoBn.. korang suruh Najib tukar demokrasi tu kepada kuku besi…..
Oleh : rahimothman
lagu ni pun m nasir gak yg nyanyi:
BalasPadamklakka-la.blogspot: TANYALAH USTAZ
jadi takyah kecoh2 la...
-average joe-
klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 3 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 3)
aik?? nyorok lak link tu?? malu2 ke?
BalasPadamgelap mcm geng tepi pantai ni je:
klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 3 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 3)
-average joe-