Umno memang
berbangga kerana menurut ceritanya parti itu dilahirkan di istana Johor pada 1946, tetapi apakah ia benar-benar lahir di dalam istana, di luar
istana atau ditangga istana??
Tak kisahlah
di mana-mana pun,, barangkali yang lebih penting ialah Umno dapat tempias bau
istana dan daulahnya. Tetapi pernahkah diceritakan yang Sultan Johor amat berbangga atau
sebaliknya dengan kelahiran Umno di
Istana baginda? wallahhu’alam!
Selama ini dan hingga saat ini memang Umno sudah terserlah sebagai sebuah
parti bangsawan@parti anak beranak. Lihatlah pemimpin besar mereka,,, Tunku
Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Husien Onn, Tun Mahathir, dan Tun Abdullah
Badawi. Kemudian diwarisi pula oleh keturunan mereka seperti DS Najib Razak. Dan sepas itu pula sudah pasti Dato’ Hishamuddin Tun Husien, Mukhriz
Mahathir dan Khairi Jamaludin juga berangan-angan
mengidam menjadi pemimpin nombor satu Umno mengikut jejak ayahnda
mereka.Soalnya, apakah rakyat masih mahu bertuankan anak-anak bangsawan yang tidak
pernah kenal lintah dan pacat, selut dan
lumpur, serta terik matahari itu ?
Memang
dah kena dah !! Umno diiktiraf sebagai parti bangsawan dan dalam masa yang sama Umno juga boleh
diibaratkan sebagai parti anak raja. Almaklumlah,, lahirnya di Istana,, maka
jadilah Umno sebuah parti yang mempunya dua martabat
Pertama
–
mertabat anak bangsawan, yang biasanya
mereka ini tidak kenal erti kesusahan. Yang penting bagi mereka penampilan dan gaya hidup mesti mewah. Maka
dengan kerana itu pemimpin Umno berlumba-lumba mendapatkan projek dan mengumpul
harta tak kira halal atau haram!! Bukanlah
pemimpin Umno, kalau tidak memiliki
projek disana sini.
Kedua
–
martabat anak raja. Kalau anak raja tentulah ego mereka tinggi, kerana hidup dikelilingi
oleh kemewahan.Bila hendakkan sesuatu mesti dapat ! Kalau
kemahuannya tidak dipenuhi anak raja boleh memberontak ! mereka boleh buat apa saja walaupun melanggar
tatasusila mahupun undang-undang. Samalah dengan Umno selama ini yang begitu
rakus dengan kuasa termasuk mengamalkan budaya samseng ! .
Oleh : rahimothman
Pemerintahan dinasti Gandhi di India juga sudah terkubur.
BalasPadam