Rabu, 10 Oktober 2012

Kalau PM bukan Najib, rakyat tak perlu bimbang!


Rakyat tak perlu bimbang kalau Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri, kerana Allah sudah menyediakan penggantinya yang sangat berintergriti, telus dan ikhlas dalam membela nasib rakyat.  
Sehubungan itu rakyat diingatkan janganlah terlalu sentimental, apabila Najib atau mana-mana pemimpin Umno merayu atau menjerit melontarkan ungkapan semangat,, seperti,, , “Ayuh bangsaku!, bangunlah !,    mari kita bersatu  pertahankan bumi keramat ini !, ini tanah tumpah darah kita,  pertahankan ketuanan Melayu !  hanya Umno yang berhak memerintah!, hanya Umno yang mampu membela nasib orang Melayu!!  Kah!,  kah!, kah!  Kata-kata begini seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja,. kerana ungkapan itulah yang telah menipu orang Melayu selama ini.
 
Maka, jangan pedulikan laungan semangat atau rintihan pemimpin Umno !.  Lima puluh lima tahun  UmnoBn diberi mandat untuk menjaga kepentingan bangsa Melayu, terutama dalam bidang  akademik dan ekonomi, namun apa yang pemimpin Umno buat ialah berlumba-lumba mengumpul kekayaan diri sendiri,  keluarga dan kroni. Lebih malang agama Islam yang menjadi agama rasmi Negara tidak dimertabatkan, sebaliknya ia terpinggir, bagai melukut di tepi gantang!  Kalau adapun apa-apa tindakan terhadap agama Islam ia dilakukan sekadar melepas batuk di tangga !

Kalau Najib adalah PM Umno yang terakhir, orang Melayu tak perlu risau!  Orang Melayu tidak akan menjadi pengemis atau mati di kepuk padi mereka sendiri. Patah tumbuh hilang berganti ! Rejim Sukarno(Indonesia) tumbang ada penggantinya, Rejim Hosni Mubarak(Mesir) digulingkan,  ada penggantinya. Dan Najib yang akan hilang kuasanya akan ada pengganti.  Yang yang lebih penting ialah  orang Melayu  tidak terus ditipu dan diperalatkan oleh pemimpin Umno terutama Najib dan sekutu-sekutunya!   

Kalau Najib bukan PM, orang Melayu akan terus hidup, orang Pekan terus bernafas.  Yang susah hanya lah orang UMNO!   Yang makan hati ialah pengikut-pengikut tegar Umno.  Mereka ini seharusnya mengakui realiti baru, politik baru, kerajaan baru dan masa depan Malaysia yang baru. Malaysia baru ialah sebuah Negara yang pemimpinnya sangat ikhlas dan telus, adil dan saksama, berhemah dan bertimbang rasa,,, jauh sekali dari rasuah dan penyelewengan.

Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan