Ahad, 21 Oktober 2012

Setakat tu saja keberanian UFB


Keberanian imam muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya nampaknya hanya boleh bercakap secara umum saja. Untuk berdepan atau menegur secara terus keceluparan mulut Presiden MCA  yang menghina Islam dan Hudud, langsung dia tak berani.  Apa lagi kalau nak menegur pemimpin Umno yang seringkali mempersenda agama mereka sendiri yakni Islam ! 

Jadi,, apa istimewanya Imam muda Umno @ UFB ini?  Sudah pastilah kelunakan suaranya apabila menegur pemimpin pembangkang,, itu saja!  Dengan pembangkang dia tunjuk berani dan hebat!  Maka fahamlah kita, bahawa seluruh jiwa raga si mamat imam muda ini berada dalam UMNO.

Ini komen beliau dalam Sinar Harian baru-baru ini,,,,                         
Umat Islam dan bukan Islam diingatkan tidak menyentuh sensitiviti agama untuk kepentingan peribadi atau politik. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, isu agama perkara sensitif bagi penganutnya dan tidak boleh dijadikan  bahan untuk dipolitikkan.                           Ayat-ayat begini sama macam ayat pemimpin Umno,, dah naik muak kita mendengarnya!!!

“Walaupun ia ditujukan kepada Pas, namun ia tetap bersifat agama kerana mempersoalkan isu hudud secara terang-terangan. Jangan mempersendakan hukum Islam.  Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Pas melaksanakan hudud.  Jelasnya lagi, mereka yang bukan Islam harus faham bahawa hukuman ini hanya dilaksanakan ke atas orang Islam, bukan penganut Kristian, Buddha atau Hindu.  Kalau begitu kenapa imam muda Fathul Bari tidak pelawa saja Presiden MCA itu untuk hadir dan mendengar ceramah penerangan tentang hudud ?  Kalau pembangkang atau PAS yang anjur sudah tentu Dr Chua Soi Lek tak akan hadir!

Kata Fathul Bari lagi,,,  “Kalau DAP tolak Islam, kenapa Pas masih bersama mereka dan berjuang atas dasar negara kebajikan? "  katanya                                                                                                                Dasar Islam atau dasar kebajikan tak jadi persoalan !  Yang penting kerjasama dan persefahaman dimeterai dengan baik dan ikhlas! Ustaz juga harus bertanya pada Umno, kenapa mereka masih berkawan dan berkerjasama dengan MCA sedangkan MCA terang-terang menentang Islam dan hudud?

Beliau berkata, Umno dan Pas perlu bersatu bagi mengelak masalah itu berlanjutan. Demi kepentingan agama, Fathul Bari berkata, Pertubuhan Ilmuan Malaysia telah menjelajah beberapa negeri untuk memberi kefahaman mengenai hudud dan turut menerima maklum balas positif dari agama lain.                                                   
Uztaz/ Imam muda Fatul Bari jangan jadi buta sejarah !  PAS pernah menyertai Umno untuk bersatu, tetapi malangnya PAS dipermain dan dibuli oleh Umno.  Kali ini kalau nak ajak bersatu lagi apa kata kalau UMNO pula bertandang kerumah PAS dan bersatu dengan PAS!   Setuju ??


Oleh : rahimothman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan