Sumber : Sinar Harian KOTA BHARU – Isu peletakan jawatan Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat dalam politik semakin hangat diperkatakan apabila timbul desas-desus
mengatakan beliau semakin uzur dan akan bersara tidak lama lagi. Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu menyangkal dakwaan yang mengatakan beliau akan
bersara setelah 22 tahun memegang jawatan tersebut.
“Syukur saya sihat dan masih boleh berkhidmat dan kita hanya perlukan akal yang bijak dan tajam untuk melakukan sesuatu perkara, bukan sahaja tubuh badan yang sihat.

“Badan sihat dan pemikiran yang tajam dan matang perlu
untuk semua ini demi memartabatkan slogan negeri ini 'Membangun Bersama Islam'.
"Kami selalu berbincang pelbagai cara untuk memartabatkan slogan ini selaras dengan tindakannya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan 2012 di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.
Mursyidul Am Pas itu turut menegaskan, beliau masih lagi mampu untuk menerajui pucuk kepimpinan Pas dalam usaha menyatupadukan umat Islam.
"Saya bersedia untuk Pilihan Raya Umum akan datang kerana saya yakin Pas mempunyai kekuatan yang sendiri dan saya akan berundur bila tiba masanya nanti," katanya.
Nik Aziz berkata, isu kesihatan beliau bukanlah satu perkara yang perlu diketengahkan kerana apa yang penting adalah kekuatan minda dan fikiran untuk berjuang. Beliau berkata, Islam secara asasnya menggalakkan budaya kreatif dan inovasi di kalangan umatnya dan perkara itulah yang perlu diketengahkan pada zaman sekarang.
"Hasil inovasi dan kreativiti ini nanti diharap dapat memberikan pulangan yang bermutu untuk perkhidmatan awam khususnya dan seluruh rakyat Kelantan amnya," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan