Sabtu, 6 Oktober 2012

Umno yang biasa upah, bukan PR !


Tuduhan Azlina terhadap PR,,, memang merapu !!
 
Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman sebelum ini mendakwa,  ribuan rakyat yang hadir ke Himpunan Hijau Lestari Pengerang minggu lalu adalah dibayar. Kah! Kah kah! Celuparnya mulut YB ini!  Bercakap pula perkara yang tak pernah pun dibuktikan!  Bercakap ikut sedap mulut, itu tandanya orang kurang berilmu !

Azalina sebenarnya buat-buat tidak faham  bagaimana rakyat boleh bersatu untuk hadir ke mana-mana perhimpunan anjuran NGO atau pun Pakatan Rakyat. Sememangnya kehadiran mereka tanpa dibayar sesen pun. Keikhlasan dan kejujuran mengatasi segala-galanya,  bukan wang ringgit!
 
Budaya upah untuk  hadir ke satu-satu majlis sebenarnya menjadi amalan turun-temurun Umno. Selagi namanya Umno mungkin budaya ini akan kekal sampai bila-bila! Justeru Azlina sepatutnya janganlah nak syer atau tumpangkan budaya buruk mereka itu kepada Pakatan Rakyat.

Wahai menteri ala-ala tomboy !! Sorry ye!  Orang Pakatan Rakyat tak buat begitu !  Bagi Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan tanpa bayaran sudah menjadi asam garam dalam perjuangan. Oleh kerana niat penganjur adalah ikhlas, maka kehadiran orang ramai juga adalah ikhlas!, Mereka begitu bersemangat untuk keluar dari belenggu kezaliman dan penindasan.  Mereka langsung tidak mengharapkan duit saku, duit tambang/pengangkutan, duit makan,  T.Shirt dan sebagainya seperti mana amalan Umno selama ini !

Kepada YB Azalina, belajarlah memahami realiti dan hidup bersama rakyat di bawah, supaya tahu erti kehidupan sebenar rakyat!  Dan kalau benar peserta himpunan Pakatan Rakyat dibayar, sila kemukakan bukti kukuh  kepada SPRM!  Jangan main tuduh-tuduh je !  kerana menuduh tanpa bukti samalah macam babi hutan menyondol dalam belukar,  main redahh je!  Tak sayang mencung ke?  nanti sumbing!!  

Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. heheheehe..umno BN dah panik tu..cakap ikut keluar je....bukan ada fakta pon..kih kih kih...rakyat tak tak semuanya bodoh la...

    BalasPadam