Jumaat, 19 Oktober 2012

Kuil 1Malaysia? Akan ada nanti Masjid 1M !!


Konsep 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Tetapi hari ini kerajaan BN pimpinan Najib nampaknya semakin haru-biru, melampau dan mengada-ngada. Apa tidaknya!, semua benda dan aktiviti  nak dilebelnya  satu Malaysia (1Malaysia). Tak cukup dengan Klinik 1M  dan Kedai 1M, Teksi 1M, akhirnya kita menjadi mual apabila terlalu banyak dilambakkan dengan jenama 1M.  Antaranya Selamat Pagi 1M, Kem 1M, Tarian 1M,  Jelajah 1M,  Beras 1M,  BR1M (Bantuan Rakyat 1M) dan bermacam-macam lagi.  Yang terbaru penulis  ternampak ada pula Kuil 1Malaysia di Tanjung Malim seperti dalam gambar.  Kah, kah, kah!!  Kita jangan terkejut!  Akan ada nanti To’ kong 1M dan Masjid 1M

Hebat, hebat betul kerajaan Najib, sampaikan hal-hal agama pun mereka redah! . Tak mustahil sedikit masa lagi ada pula Hari Wesak 1M,  Thaipusam 1M,  MaulidulRasul 1M dan sebagainya!  Orang Islam seolah-olah dipaksa menganggap bahawa semua agama itu adalah sama.   Martabat To’kong,  Kuil,  Gereja dan Masjid juga seolah-olah dianggap sama,,  walhal Islam tidak begitu. Kalau semuanya sama,  maka ia telah menyerupai   konsep pluralisma yang diperjuangkan oleh banyak pihak akhir-akhir ini,  yang mana ia amat bertentangan dengan Islam.

Oleh : rahimothman

1 ulasan:

  1. Kerosakan berpunca PM Malaysia. 1M itu nampak simple, ttp terlalu besar akibatnya.

    BalasPadam