Ini diantara intipati hujjah Dr Asri pada pada siri
Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati
Pemimpin” yang dianjurkan oleh Sinar
Harian semalam.
“
Tugas ulama sepatutnya menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat, bukannya
berpihak kepada mana-mana parti politik. Sekiranya percaturan wang dalam politik sering digunakan oleh mana-mana parti
termasuk Umno sendiri, tampuk pemerintahan itu seharusnya berundur.”
“Dalam pemerintahan, kita tidak sepatutnya menggunakan wang untuk sesuatu agenda politik, tapi perlu menjaga kebajikan rakyat. Tapi apa yang dilihat sekarang, pemerintahan Umno masih menggunakan wang. Amalan menghulur semakin subur dalam kalangan pemimpin. Jadi, sekiranya ini berterusan, Umno patut berundur,” demikian kata Dr Asri lagi.
Kah. kah! kah!
Kalaulah Dato’ Harusssani Mufti Perak yang menjadi penyokong tegar Umno
itu mengeluarkan kenyataan ini dah tentu
kena pecat. atau 24 jam tukar!! Nasib baiklah Dr Asri bukan ahli mana-mana
parti. Wahai ahli-ahli Umno, pedih pun
pedihlah,, tahankan saja,, Apa yang disebut oleh Dr Asri adalah kenyataan.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan