Lihat video - http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=qb1wmVFnA8sm
Perdana Menteri Najib Tun Razak yang hadir di satu pameran
pendidikan di Kuala Lumpur pada bulan Mac yang lalu (lihat video) telah
tertarik dengan kaedah "Peta Pemikiran" (Mind Mapping) untuk
matapelajaran Pendidikan Islam yang dipamerkan oleh Sekolah Kebangsaan
Kiaramas, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kebetulan salah seorang murid telah
bertanya Najib apakah contoh najis mughallazah selain anjing?
Najib terkedu tak dapat menjawab, kemudian memandang
kearah timbalannya Tan Sri Muhyiddin,
juga tak ada respon. Ternyata Najib tak dapat menjawab ! Kenapa ini berlaku? Barangkali bukan kerana
beliau tidak tahu, tetapi kerana tidak yakin. Maka tepatlah anggapan orang
ramai sebelum ini. Kalau untuk menjawab soalan mudah dari seorang murid pun
Najib terkedu apa lagi untuk berdebat dengan DS Anwar. Sebab itulah beliau
sering mengelak setiap kali dipelawa berdebat,, termasuk yang terbaru
membahaskan bajet 2013 di Parlimen, kandangnya sendiri.
Oleh : rahimothman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan